TERIMALAH AKU DIA DAN KAMU SEADANYA???


Kenapa sesetengah orang tak boleh menerima orang lain lain seadanya? Kata kawan aku “mungkin kita semua ada ego. Mengalah mmg mengalah tapi taknak ‘tunduk'”. Kita tak boleh mengharap dia jadi macam yang kita nak. Kita ni, fitrahnya saja sudah berbeza. Kenapa tak boleh menerima perbezaan itu. Paling penting kenapa tak mahu memahami perbezaan yang wujud antara kita dan dia.

Kita punya kelemahan dan pada waktu yang sama punya juga kelebihan. Kenapa perlu memandang kepada kelemahan saja. Kadang-kadang kita ingat kita memahami, tapi sebenarnya kita gagal mentafsir situasi. Kita dijadikan untuk saling lengkap melengkapi. Tapi perbezaan itu menjadi punca pertembungan diri.

Selalu sangat kita mencari kesilapan. Yang salah, yang buruk, yang kurang, itulah selalu yang dihighllightkan. Yang baik semuanya dikambus dalam-dalam. Bila bercerai berai, habis keburukan pasangan dan rumahtangga dimuntah keluar dalam mahkamah. Seolah-olah si suami tidak pernah melakukan hatta sekelumit kebaikan.

Bila kita dikatakan gagal menerima dia seadanya, kenapa kita juga tidak diterima seadanya? Kenapa masih lagi memegang kesilapan dulu yang pantas dijadikan bahan ungkitan. Kenapa perlu sakit menyakiti. Kenapa perlu timbulkan rasa benci membenci???

Jangan kita mahu diterima seadanya, sedangkan kita tidak menerima orang lain seadanya. Baik buruknya coraknya telah terlukis semenjak hari pertama dia lahir sebagai sekeping kain putih.

Mungkin kita mahu mencari manusia sempurna. Yang tak pernah berbuat kesilapan dan dosa. Carilah. Moga-moga suatu hari nanti, kamu akan ketemui manusia sesempurna itu. Itu doa aku pada dia, kamu dan aku, kalau itu yang kamu tunggu-tunggu.

Bagi aku, aku terima sesiapa sahaja seadanya. Aku harap kamu juga sepertiku jua.

p/s: Aku masih tahu asal usulku, dari mana aku datang kemana aku pergi. Aku belum lupa diri.

3 thoughts on “TERIMALAH AKU DIA DAN KAMU SEADANYA???

  1. refleks la diri sendiri dulu sebelum nak review kelemahan orang.

    sempurnakah kita ni, mahukan yang sempurna sahaja?

    harap2 diri ini dijauhkan dari bersikap begini.

    1. Macam cerita “the ugly truth”. Tengokla kalau belum. Memand ada manusia yang macam ni… semua nak yang sempurna, akhirnya dia bertemu cinta sejati bila dia mahu menerima kelemahan dan kelebihan orang lain seadanya. Tak ungkit mengungkit kesilapan lama. Best, banyak moral of the story.

  2. saya suka petikan ayat di bawah ni, dan rasanya kita perlu sama-sama muhasabah kembali kerana ia refleksi terhadap kehidupan sehari-hari. Renung-renungkan dan selamat BERAMAL!

    1. “Bagi aku, aku terima sesiapa sahaja seadanya. Aku harap kamu juga sepertiku jua.”

    2. Kita tak boleh mengharap dia jadi macam yang kita nak. Kita ni, fitrahnya saja sudah berbeza. Kenapa tak boleh menerima perbezaan itu. Paling penting kenapa tak mahu memahami perbezaan yang wujud antara kita dan dia.

    3. Kita punya kelemahan dan pada waktu yang sama punya juga kelebihan. Kenapa perlu memandang kepada kelemahan saja. Kadang-kadang kita ingat kita memahami, tapi sebenarnya kita gagal mentafsir situasi. Kita dijadikan untuk saling lengkap melengkapi. Tapi perbezaan itu menjadi punca pertembungan diri.

    p/s:kata-kata mahupun tulisan akan lebih bermakna jika ianya seiring dengan amalan..tak gitu en.emzack??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s