sempurnakah Semporna??


Sabah ni cantik. Orang-orangnya pun cantik. Yang lelakinya adalah hensem seperti ex-hosmet aku yang masih solo dan kaya. Sapa 2 nak berkenalan sila hubungi aku lepas ni. Eh pasal apa pulak entry aku pasal Sabah ni??

Adakah pasal chenta hati aku ada nun jauh kat Sabah, dengan gigihnya sedang mendidik anak bangsa (anak bajau?)?? Mungkin tidak!! pasal aku plan nak pi lagi tahun ni. Dah macam acara tahunan pulak bercuti2 satu Malaysia kat Sabah ni.

Walaupun aktiviti ini berlaku pada percutian aku yang lepas kat Semporna, tapi aku nak juga hapdet kat blog ni..

Ni time kitaorang pi Pulau Mabul, pulau yang dok kecoh2 ngan Abu sayyaf skang ni. Korang tengok cemana uniknya kedai runcit di Pulau Mabul. Yang dalam peket ais malaysia tu ialah minyak, beras, kicap, sos dll.

snorkling adalah aktiviti wajib kalau korang mai Semporna ni. Sewa bot perhead dalam RM100 ja. Korang snorkling la sampai pitam. Nak balik kang baru bagitau pakcik bot tu. Tapi bare in mind, sini gelap awal. so dalam kul 4 tu dah kena chow, sebab kul 5.30 baru nak sampai mainland dari mabul. Gambar snorkling takbleh upload atas sebab2 keselamatan negara.. hehehe

Tengok tu si teteh… kat sini pun ada hati nak shopping jugak…

Aktiviti makan2 pun best jugak bila hasil laut ditangkap dari sangkar dalam laut, bukan akurium. Fresh!

Dan ini ketam tadi telah bertukar menjadi … ketam masak merah… eh ye ke??

Dan raksaksa yang melahap ketam ini antaranya

Kat sini, mode pengangkutan utama dari pulau ke pulau adalah kenderaan air, termasuklah bot, sampan dan tongkang. Sebaik la si teteh tu tak kena naik bot hari2 pi mengajaq.

Ko tengok brade ni… rileks je tak pakai baju datang pekan semporna naik sampan..

Ini view dari bilik hotel aku, nice view kan??

Last but not least… sunset in semporna


So.. kalau berkesempatan mai la jalan2 kat Semporna ni. Ada banyak lagi gambaq.. tapi internet slow, so aku pun tak larat nak tunggu dan mahu tidor sudah..

p/s: teteh and the geng, ehem!ehem! tungguuuuu my next trip to Sabah, negeri di bawah bayu.

4 thoughts on “sempurnakah Semporna??

  1. Semporna is always waiting for you…. Really cant wait to meet you…. Ni gambar tahun lepas ni, tahun ni takleh gi snorkeling lagi kot…Kecoh Abu Sayyap, but maybe kita boleh pi ikut cikgu-cikgu yang pi mengajar kat pulau-pulau naik bot….Hihi…Bot balik, kita ikut la balik….

    Kalau bot tak penuh la…. Makin ramai dah cikgu yang posting sini. Jeti depan Seafest tak mencabar sangat… Kalau jeti kat Tanjung Kapor, cikgu pompuan wajib pakai suar kat dalam kain baju kurung… Kalau ada rezeki saya jaga UPSR tahun ni and dapat kat pulau, datang and join ek?

    Feel the experience that you will never get in Semenanjung…

    Selain Semporna, ada tempat lain lagi kita nak pegi kan? Hihi. Hopefully semuanya ok.

  2. Kalau kat KL, kita salu tengok orang park kereta depan rumah. Tapi kalau kat Semporna, rumah-rumah atas air tu, kita akan dapat tengok derang parking bot, sampan atau lepa…

    Uniknya Semporna. Terlalu banyak perkara yang PELIK TAPI BENAR. Bukan sebagai bahan hiburan semata-mata, juga sebagai panduan dan pengajaran….

    Sometimes, I realized that I gain a lots of new experience and knowledge in Semporna…

    Eh? Bersemangat pulak komen byk2 kat entry sempurnakah Semporna ni…. hihihi

    *Counting Days.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s