PENTING SANGAT KE SUBJEK SEJARAH???


Penting sangat ke subjek sejarah?? Kalau penting kenapa tidak diwajibkan dalam pra syarat untuk ke Universiti?? Kenapa tidak diangkat kepentingannya setaraf dengan subjek sains dan matematik.

Aku tengok sekarang ini banyak generasi muda yang tak tau sejarah. Bila tak tau sejarah depa tak tau asal usul. Bila tak tau asal usul depa tak sedaq diri. Bila tak sedaq diri depa akan jadi kurang ajar.

Jadi kalau generasi sekarang kurang ajar, jangan salahkan mereka. Mereka tiada penghayatan sejarah. Mereka tidak ditekankan tentang kepentingan sejarah. Tengok saja macamana subjek sejarah dilayan. Seperti subjek nyamuk, subjek picisan. Tidak ada nilai. Apatah lagi kepentingan dan falsafah disebalik penceritaan sesebuah peristiwa sejarah. Tengok saja cara pengajaran subjek sejarah disekolah-sekolah. Stereotaip pengajaran dan pembelajaran sejarah ini perlu diubah bukan setakat menghafal dan mengingat. Ia pasti membosankan kepada individu yang berlainan keupayaan kognitifnya.

Bagi aku pengajaran dan pembelajaran sejarah perlu ditekankan dari aspek bagaimana untuk memahami falsafah disebalik sesuatu peristiwa. Bukan setakat menghafal dan mengingat. Pelajar patut di ajar berfikir dan menaakul bagaimana sesuatu peristiwa yang berlaku dulu mempunyai kaitan langsung dengan kehidupan mereka pada hari ini.

Generasi materialistik tidak dapat menggunakan subjek sejarah untuk mencari keuntungan harta benda. Tidak ada hasilnya dari segi ringgit dan sen menjadi seorang patriotik. Hasilnya, mereka tiada kebanggaan dengan keunggulan ketamadunan bangsa apatah lagi hendak melestarikan ia. Mereka akan menjadi lebih liberal kerana tidak mahu dilihat konservatif. Tidak mahu dikatakan sentimental dan retrospektif.

Bila generasi buta sejarah, maka mereka akan menjadi manusia robot acuan kapitalist. Mereka lupa asal usul dan adab-adab berterima kasih. Mereka akan membesar sebagai individualistik tanpa semangat patriotik kepada negara. Mereka lupa siapa mereka di bumi Malaysia.

Apabila hari ini meninggalkan kita untuk menjadi esok, maka hari ini adalah sebuah sejarah. Belajarlah dari sejarah. Moga-moga kita tidak mengulangi kesilapan hari ini yang dilakukan semalam. Moga-moga kita lebih bijak mengatur langkah. Langkah sebagai seorang pejuang.

One thought on “PENTING SANGAT KE SUBJEK SEJARAH???

  1. penting. rasanya kerajaan pon dah ada kesedaran tentang kepentingan mendalami subjek sejarah bila diperkenalkan subjek kajian tempatan yang meliputi sejarah dan geografi.

    macam kat sini… sangat kecewa bila ada yang masih tak kenal siapa perdana menteri Malaysia… tu baru current issue… belom lagi sejarah yang lalu….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s