Teringat Opis

Teringat pulak opis time2 cuti belajar ni. Time pukul 9.30 pagi mesti turun makan. Lantakla JPA nak tangkap ka, KSU warning ka… makan tetap makan. Kadang-kadang sampai ke kedai mamak p9 aku jelajah semata-mata nak breakfast. Pastu kalau g breakfast, mesti pi ramai2, sampai jadi isu kat mesyuarat pagi. Pastu bila dah ada cahaya keimanan menyuluh, aku tak buat dah. Dosa weh curi masa bekerja, kalau tak ganti balik.

Tu dulu la. Pegawai-pegawai baru masuk la ni dah tak buat dah. Depa ni baik-baik belaka. Skema, ikut peraturan. Aku ni geng penjahat. Sebab tu tukar bahagian macam tukar baju… muhahahaha.

Keja dibawah 3 orang KSU memang banyak suka duka. Bekerja dibawah 6 SUB, 1 KP dan 8 KPSU daripada pelbagai bangsa memang mencabar. Macam2 peel. Kalau bos India, surat pun bunyik india even aku yang sign. Kalau bos cina bunyi cina, Kalau bos pak bai… haih la.. lu pikir la sendiri.

Baru-baru ni KSU opis lama aku bersara. Dia masuk keja tahun 1977. Aku blum lahir lagi weh. 33 Tahun pengalaman compare dengan aku yang baru 7 tahun. Tapi beliau sangat humble dengan staff bawahan dia. Seorang yang sibuk tapi sangat responsif. Seorang yang lembut tetapi tegas dan cepat dalam membuat keputusan. Peluang aku bekerja dibawah beliau merupakan pengalaman yang begitu berharga bagi aku dan rakan-rakan sekerja.

Sekarang ni aku tengah jadi student. Jadi aku kenala manfaatkan semua masa yang aku ada. Aku ingat jadi student ni releks, rupanya tensen jugak. Cuma bestnya kat opis boleh jumpa kawan hari-hari. Kat sini jumpa kawan seminggu dua kali ja. Tu pun kalau ada kelas/discussion.

Lepas habis berguru ni harap2 dapat le tempat yang lebih baik dari sebelum ni. Kurang-kurang tambah pengalaman dan ilmu. Opis lama bukan tak best, tapi kita try la tempat baru pulak kan… Apapun aku bersyukur dapat staff dan pegawai dibawah aku yang memberi kerjasama penuh sepanjang aku jadi bos dorang dulu. Problem wei kalau dapat staff problem. Sebaik la staff-staff aku ni semua mantap-mantap belaka. Si Reket la ada sikit malang pasal bawah dia belambak2 staff problem.. Nasib hang la reket..

Apa-apa hal kasi grad dulu… Lepas tu kita pikiaq kemudian.

Titik!

Advertisements