KEHILANGAN YANG AMAT PEDIH


Pemergian bonda tercinta menerima jemputan Illahi sangat mengejutkan kami sekeluarga. Satu pemergian yang tidak akan ada kembalinya.

Payah dan perit untuk aku terima. Kerana aku merasakan hidup aku tidak sempurna tanpa dia. Aku tidak dapat berada bersama dia di saat-saat akhir dia dijemput sakaratul maut.

Sapa yang tak terkilan. Sepanjang masa aku bersama dia. Tidak pernah aku meninggalkan dia dalam jangka masa panjang sepanjang aku kembali menetap di rumah. Aku sentiasa disisi dia. Tapi selepas hanya sehari aku meninggalkan dia, dia pula pergi meninggalkan aku selama-lamanya.

Dialah tempat aku bermanja, menagih kasih. Tempat aku bersembang meluahkan isi hati. Tempat aku bercerita itu dan ini.

Sekarang, kemana lagi tempat yang hendak aku tuju? Siapa lagi teman untuk aku berbicara. Kadang-kadang terfikir aku, sampai hati dia meninggalkan aku dalam keadaan aku belum bersedia menerima kehilangan dia.

Aku tahu aku banyak berbuat dosa kepada dia. Tak tertebus dosa aku tanpa pengampunan dari dia. Tempat aku telah tersedia di neraka. Entah dia maafkan aku atau tidak.

Hidup aku perlu diteruskan sementara menunggu aku dijemput menyertai bonda. Tapi berkatkah kehidupan aku selepas ini? Selamatkah masa depan aku selepas ini?
Layakkah anak yang banyak berdosa ini untuk hidup melata dibumi tuhan.

Haih! entahlah. Ini agaknya yang dinamakan penyesalan tak sudah. Berpuluh tahun menagih redha bonda pengakhirannya pula menjadi anak derhaka. Aku takut menjadi anak derhaka. Tidak ada apa lagi yang perlu aku kejar. Cukuplah apa yang ada sementara menunggu maut menjemput tiba.

Bonda,

Anakanda sayangkan bonda. Ampunkan dosa anakanda dari hujung rambut sehingga kehujung kaki. Halalkan susu yang anakanda minum. Anakanda takut menjadi anak derhaka. Anakanda tak mampu nak tahan seksaan api neraka. Redhalah kehidupan anakanda yang sementara ini.

Wahai Bonda,

Damailah engkau di sana. Anakanda akan sentiasa mengiringi bonda dengan doa. Rehatlah disana dengan aman. Tiada lagi sakit dan demam. Tiada lagi sakit suntikan insulin. Tiada lagi rasa hati bonda kononya bonda ini menyusahkan anak-anak. Tiada lagi sakit pinggang dan lutut. Tiada lagi susah bonda untuk pergi ke bilik air. Tiada lagi sakit dihati bonda kerana perangai kami anak-anak yang tidak mengenang budi.

Duhai Bonda,

Baringla bonda, sementara menunggu anakanda datang menemani bonda disana. Bukan lama mana pun anakanda hendak ke sana. Pejam celik, pejam celik tau-tau anakanda dah ada disana bersama-sama bonda. Tak sabar rasanya.

Anakanda sayang bonda. Bondalah segala-galanya buat anakanda. Bondalah dunia anakanda. Bondalah nyawa anakanda. Apalah hidup anakanda tanpa mu bonda.

Bersemadilah dengan tenang di sana.

5 thoughts on “KEHILANGAN YANG AMAT PEDIH

  1. Zaki,
    Itu takdir…Redha dengan semua tu…Insyaallah rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman… Kawan…Ko kehilangan bonda tercinta selepas 31 tahun menyemai kasih bonda….Tgk aku…Aku cuma berkesempatan menerima belaian bonda tercinta cuma sehingga usia aku 8 tahun…Zaki…Bertapa bertuahnya ko berbanding aku….

  2. Aku: Aku sihat, macam ni la
    Ida: Ha’a… aku terpikir jugak betapa aku lebih bertuah dari orang lain.. tapi kan Ida, sekurang-kurangnya kau tak banyak buat dosa ngan dia..
    Ecah: Thanks friend
    Az: Doakan kekuatan itu kembali menjadi milik aku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s