etika dan pekerjaan

Baru-baru ni aku ada beli motor. Sejenis motosikal keluaran honda. Kapcai ja pun. Buat nak pi kedai runcit ngan beli suratkhabar. Bila balik kampung ni, moto dah jadi keperluan asas. Kejap2 ada tahlil, ada kenduri arwah, ada kenduri kesyukuran. Nak pegi ngan keta, dah jadi tidak praktikal pasal dekat sngat (Tapi jauh la kalau nak jalan kaki).

Berbalik pada tajuk cerita aku. Nak jadi cerita, moto yang aku beli ni tertanggal cat. Tak sampai 1 minggu beli. Jadi aku pun pi la kedai motor wat komplen. Si Salesman ni pulak lepas tangan. Dia kata cat tanggal bukan dalam kategori yang boleh waranti. Sekali lagi pengguna tidak dilindungi sepenuhnya. Kalau dah tak boleh sangat aku cadang nak file kes kat tribunal or buat report kat Persatuan Pengguna Kedah je la. Aku pikir at least somebody boleh hightlight kes aku. Kedai ni pun satu bangang, at least korang amik la komplen aku, then forward la kat HQ or Honda ke. Ni dak, wat tatau ja. Mangkaq betoi..

Ye la.. sapa tak panas hati kan, dah la motor baru beli, (cash pulak tu). Pastu baru 80km guna dah tanggal cat. What the heck. Memang betul la barang2 yang jual kat Malaysia ni quality compromised. Kesedaran kepenggunaan orang Malaysia ni masih rendah. Dalam aku dok bising-bising tu, (Aku pun ada sebut nak bawak pi tribunal pengguna) si mekanik tadi masuk dalam opis. Lepas dia cong ceng cong ceng ngan geng2 opis tu, dia pun talipon HQ company ni. Tanyakan kes aku. Aku beli motor ni kat Branch. Ding-dong punya ding-dong, mekanik ni kata okla bang, tinggal motor kat kedai, esok abang mai amik, pasal hari dah petang, kedai pun nak tutup dah. Tapi masalahnya sapa nak amik aku kat kedai motor ni. Dah la jauh. Aku nak balik naik apa. Bas bukan ada pun. (Lagipun aku tak reti naik bas)… to be continue

DUGAAN ALLAH

Kata ustaz, dugaan Allah datang dalam bermacam bentuk. Ada yang diduga kaya raya, ada yang miskin papa kedana. Ada yang diduga dengan pangkat dan kedudukan, ada yang diduga dengan wanita jelita.

Macam-macam dugaan sebenarnya sepanjang kita hidup. Biasanya kita hanya akan terasa kita diduga bila kita menhadapi kesusahan. Padahal, kesenangan, kesihatan yang baik, hidup yang lapang dan lain2 kebaikan yang Allah bagi juga merupakan satu dugaan.

Malangnya, kita ni hambaNya yang dhaif. Selalu tewas. Selalu alpa. Selalu terlupa.

Tapi, yang pastinya, Allah tidak akan menduga kita dengan sesuatu yang tidak kita mampu tanggung. Tu yang bestnya Allah. Dia sayang pada kita. Dia sangat bertimbang rasa.

Tapi malangnya, manusia yang percaya akan kewujudan Dia kadang-kadang lebih buruk perangainya dari golongan atheis yang terang2 menolak alam ini ada penciptanya.

titik

HATI MANUSIA

ada pepatah melayu mengatakan rambut sama hitam, hati lain-lain.

Apa kes pepatah di atas dengan kejadian yang berlaku kat aku hari ni???

Takdak apa yang menarik sebenarnya yang berlaku. Pagi2 dah hantar moto kat kedai sebab nak claim warranty, then member aku bersama anaknya yang sangat comel bernama aiman telah melepak di Mac D sampai laptop aku siap di format. Kena virus kejadahnyanya ntah. Tiap dua jam dia restart. .. Sebaik ada member aku ni, dapat gak dia amik aku kat kedai moto sebab moto aku kena tinggal.

Banyak gak la aku dok berborak ngan dia ni sementara anak dia dok main kat play land Mc D tu. Kami dok bercerita perangai kawan-kawan sekolah yang so colorful. Yang bestnya, ada diantara mereka ni masih lagi bawak perangai time sekolah sampai skang ni..Kalau perangai yang berjenis takpa la jugak.

Kami pakat2 pelik. Bukan apa, dah masing-masing dah tua tapi perangai macam form 1-5. Ada yang still dok cerita hal lama, ungkit hal lama, dok bersaing cara menjatuhkan, dengki mendengki, kutuk mengutuk… dari zaman sekolah sampai la skang ni. Aku ingat lepas 14 tahun tinggal sekolah, masing-masing dah matang dalam hidup. Rupanya tak…

Kalau ada yang suka bersaing.. sampai skang dia still nak bersaing. Macam mamat yang aku cerita entry before ni… Punya la tak suka dengan PTD tapi mintak PTD sampai 3 kali, tak dapat2. Tu pulak, tak puas hati ngan aku sebab aku dapat PTD. Padahal semua ni rezeki dah ditentukan Allah. Dia jadi cikgu, aku jadi PTD. Semua ni Allah dah tentukan dari awal. Ni soal rezeki beb, Rezeki masing-masing. Tugas kita adalah bersyukur. Lainla kalau tak reti nak bersyukur.

Terbaru aku dapat tau dia pun kalut nak wat master pasal aku buat master. Hadoila, tepuk dahi, aku. Apa la masalah dengan mamat sorang ni. Tapi bagus jugak, sekurang-kurangnya, secara tidak langsung, aku menjadi sumber motivasi dia utk menjadi lebih baik. Good for him. Best sangat ke ada master??? Lainla kalau tujuan buat master ni nak bangga diri. Bagi aku, aku buat master sebab nak menuntut ilmu. Bukan cuti belajar dan makan gaji buta (seperti kata mamat ni kat aku).

Bak kata si member aku tadi, “biaq pi la kat depa nak dengki, bukan depa bagi makan aku anak beranak pun.”

Ye la. Aku pun bukan peduli si mamat ni nak jadi apa. Aku tak amik port pun. Tapi dah orang mai bagitau kat aku perkembangan semasa dia, aku dengar je la,

Aku doakan moga-moga dia sedar. Tak selamanya kita sentiasa boleh berada dihadapan orang lain. Kadang-kadang ada orang yang lebih baik dari kita walaupun kita telah melakukan yang terbaik.

Hati kita kena bersih, baru hidup tenang, jiwa riang, badan sihat, otak cergas. Ni kalau dalam hati asyik nak berdengki-khianat je kat orang, huh! sesak dada beb. kau tak sesak dada ke bro???

kawan

Dah berjenis-jenis kawan aku dah jumpa sepanjang aku hidup 31 tahun ni. Ada yang cari kita time susah ja.. ada yang bersama-sama kita sewaktu susah. Ada pulak tu time kita senang, dia tak muncul2. Ada kawan yang menghargai kita dan ada pula yang sebaliknya.

Aku tak pandai nak menilai keiklasan orang dalam bab-bab perkawanan ni. Aku juga tak pandai nak beza-bezakan antara kawan, sahabat, teman sejati dan lain2 ungkapan klise yang menyemakkan telinga.

Bagi aku mudah. Aku kawan ngan sapa-sapa pun seikhlas mungkin. Samada dia nak ikhlas atau tidak, terpulang pada mereka. Kata orang ” kalau seseorang tu suka menipu, dia akan fikir semua orang akan tipu dia”. Samalah juga macam kaedah berkawan ni, kalau kita tak penah ikhlas kawan ngan orang, kita pun akan terfikir orang lain pun sama tak ikhlas kawan ngan kita…

Aku ada sorang kawan. Dulu ni kira baik la. Kawan dari zaman sekolah. Tapi sekarang dia buat aku musuh. Padahal aku takda masa nak bermusuh2 ngan sapa2. Takda pekdahnya.

Dia ni tak puas hati ngan aku pasal aku ada penah mengutarakan pendapat aku dalam FB group. Dia rasa aku mempersoalkan kredibiliti beliau. (Tengok, aku siap aderess dia ni”beliau” lagi). Aku pun dah penah email kat dia, bagitau kalau tak puas hati meh kita jumpa.. berbincang cara ilmiah. Tak payah nak maki2 dalam FB, bergaduh macam budak kecik. Buat malu ja. Hang tu golongan terpelajar. Kita dahulukan intelek dan kita kemudiankan emosi. Isunya bukan besaq sangat pun. Kecik ja. Tapi mungkin tercabar ego lelaki atau sumpah askar wataniah, aku tak tau la pulak.

Malangnya mamat ni takmau. Tapi dia still tak puas hati ngan aku. Siap maki2 aku Bab*, PT* Bab*, Puk* Lembu dll lagi kat page FB schoolmate yang lain. Yang bestnya mamat ni seorang pendidik. Macamana la seorang pendidik, ayah kepada anak dan suami kepada seorang isteri. sanggup dia merendahkan martabat dirinya dikhalayak ramai dengan tindakan sedemikian?? Tak paham aku.

Aku ajak jumpa pun bukan nak gaduh ke, nak bertumbuk ke. Cuma nak dengar dari mulut dia, apa yang tak puas hati dan kemudian bersalam dan berdamai. Kan elok gitu, daripada buat dosa kering bermusuh sesama saudara seagama. Aku pun tak salah kawan aku ni 100%. Disebalik dia tak puas hati kat aku, ada juga jembalang2 tanah yang dok cucuk bikin dia ni lagi panas.

Bagi aku, orang-orang yang suka memutuskan silaturahim ni telah tersedia tempat mereka di neraka sana.. Biaq pi la kat depa kot2 depa rasa kulit puak2 ni kebal api neraka.

Aku maybe tak rugi satu sen pun dia tak jadi kawan aku. Aku cuma terkilan sebab hanya kerana kegoan membetulkan salah faham membawa kepada tindakan dia memutuskan silaturahim sesama Islam.

Aku doakan kawan aku sorang ni akan sedar dan insaf dengan perlakuan dan tindakan beliau. Setan suka kalau kita aduh sesama Islam ni. Dia lagi suka kalau ada silaturahim yang terputus. Makin hari kita bukan makin muda. Bawak-bawaklah bertobat.

titik

aku manusia biasa

Aku seorang manusia biasa. Sesekali terlupa bahawa aku manusia biasa. Sesekali juga aku alpa dek kemulusan liuk lentok kehidupan dunia. Semuanya nampak molek-molek belaka.

Aku tidak mencari kesempurnaan sementelahlah aku juga tidak sempurna. Aku sedar. Aku tahu. Aku mengerti. Aku amat memahami. Aku diajar untuk sedar diri. Tahu dimana letaknya diri. Diajar memijak dibumi yang nyata. Diajar jangan memandang ditempat yang terlalu tinggi kelak dikhuatiri terlupa realiti diri.

Pun begitu, siapa pula aku untuk menghukum manusia lain sedangkan aku juga sedang menanti hukuman. Siapa mungkin mahu duduk serendah aku dan mengorbankan harga diri mereka yang tinggi dan terpuji untuk duduk bersimpuh berlantai tanah???

Tali harapan yang kupintal ini rapuh. Bejana buat kutadah impian ini tiris. Selimut kasih ini semakin kotor dan berdebu. Mungkin semua ini selayaknya untuk aku. Manusia dhaif dan berdosa.

Namun aku masih ada kuderat yang perlu aku kerah. Patah sayap bertongkat paruh, gunung kudaki, kudaki jua. Perjuangan ini belum selesai. Aku percaya masih ada cahaya dihujung sana. Aku percaya masih ada tangan yang sudi menyambut ketika aku tersungkur dan terduduk.

Maafkan aku kerana tidak mudah melupakan. Biar bibir mengucap maaf, hati berbekas hilangnya tiada. Putih kata, kadang kala bertukar hitam jua. Yang jahat tidak selamanya durhaka. Yang baik tidak akan menjelma menjadi dewa-dewa.

Manusia ini darahnya sama sahaja merahnya. Membezakan kita amal dan taqwa. Katakan sahaja apa yang mereka rasa. Ayuh beritahu dunia aku ini manusia jahat, durjana dan puaka. Aku mungkin tidak layak untuk siapa juga manusia yang serba sempura kerana.. aku sedar, aku tidak mungkin sempurna…. sampai bila-bila.

“Maafkan aku kerana memberikan kau cinta yang tidak sempurna. Kerana aku perlukan kau untuk sempurnakan cinta kita”

titik.

letih

Ya Allah letihnya minggu dan bulan ini. Macam-macam jadi. Tapi yang paling letih ialah semua assigment aku sangkut dan tertangguh. Lebih meletihkan semua nak submit minggu ni. Lepas ni 6 writing assigment more to go. 1 proposal. 2 presentation. 1 kertas untuk pembentangan seminar…

Dan tadi pagi Prof Ali secara prinsipnya bersetuju jadi Supervisor aku sem depan untuk dissertation. Mamat ni garang dan cerewet. Ada yang penah nangis kena tiaw ngan dia. Tapi aku tak kisah pasal dia ni power dan jenis nak mengajar. Dah la aku bukanlah jenis genius semulajadi. Need to prepare the proposal during semester break pasal sem depan aku kena lanyak dengan 3 subject dan 1 disertation aka master project. Wish somebody can help me out… Nak nangis ja rasa. Budak-budak fresh grad ni lepak ja. Kitaorang mahasitua ni yang susah nak catch up dengan writing banyak2 ni.

Well, master ja… bukan susah pun… kan?????

HIPOKRIT???

Betul ke aku eja hipokrit ni.. macam salah ke. Lantakla. Yang pentingnya substance kepada tajuk di atas.

Sapa yang tak penah hipokrit sepanjang hidupnya?? Mungkin ada insan-insan tepilih yang menjadi manusia telus. Setelus-telusnya. Manusia yang tidak malu dengan dirinya sendiri. Sebab mereka ini tak pernah sekalipun dalam hidup, menjadi tidak hipokrit.

Mereka tidak pernah tidak jujur dengan diri sendiri. Mereka pakai apa yang mereka suka. They don’t embrace value that didn’t suit their needs. Ikut kepala sendiri la. tahniah. Aku respek mereka ini.

Itu bagi mereka yang sebegitu. Aku hormati cita rasa dan gaya hidup mereka. Bagi aku pulak, hipokrit ni kadang-kadang perlu untuk sebuah kelangsungan hidup atau mat saleh kata survival. Dunia luar sana berlambak-lambak manusia hipokrit. Kerja seharian juga memerlukan kita jadi hipokrit. Sewaktu kita bersedih bagai, kita hipokrit dan menjadi orang lain didepan client. Kita bermuka manis dengan bos, customer, mak mertua atau lain-lain semasa kita mahu memanjangkan moncong.

Sekali lagi aku merasakan, memang ada keperluan menjadi seorang hipokrit pada masa-masa tertentu. Hipokrit untuk tujuan baik. Apa salahnya??? Hipokrit bagi memelihara maruah diri dan keluarga.. Hipokrit untuk menjaga keselamatan nyawa… dll

Memang ada hipokrit yang buruk macam bab berpakaian, bab pergaulan, bak skandal ngan laki/bini orang, bab penampilan warak, dan lain2 bab yang sewaktu dengannya. Banyak lagi jenis2 hipokrit kalau kita aku nak listkan kat sini. Ni semua hipokrit mazmumah la kiranya..

Jadi terpulangla tujuan apa individu itu terpaksa menjadi hipokrit. Abaikan maksud yang tertulis di kamus.. jangan cepat menghukum semua hipokrit itu buruk dan kotor.

Jangan cepat menghulurkan telunjuk kepada orang lain, dan mengatakan sipolan sipolan itu hipokrit tapi terlupa bahawa dia juga sedang memakai lencana hipokrit di dada. Bermati-matian mengaku yang dia selama ini menjadi dirinya yang sebenar. Yang hipokrit tu kau, kau dan kau.

Kenapa begini. Kerana mata kita terletak dihadapan. Kita selalu nampak orang lain hipokrit. Tapi kita lupa, cermin langit cukup luas untuk menyuluh siapa diri kita sebenar. Jangan hanya pandai menunding jari, tanpa melihat diri sendiri.

Setiap manusia ada sisi gelapnya. Termasuk juga kau yang sedang membaca entry aku ni. Adakah kau yang sedang menbaca ini tidak pernah hipokrit walau sekalipun sepanjang hidup?? Terimalah hakikat bahawa ia sebagai sebahagian daripada corak kehidupan manusia. That’s life dude.