HIPOKRIT???


Betul ke aku eja hipokrit ni.. macam salah ke. Lantakla. Yang pentingnya substance kepada tajuk di atas.

Sapa yang tak penah hipokrit sepanjang hidupnya?? Mungkin ada insan-insan tepilih yang menjadi manusia telus. Setelus-telusnya. Manusia yang tidak malu dengan dirinya sendiri. Sebab mereka ini tak pernah sekalipun dalam hidup, menjadi tidak hipokrit.

Mereka tidak pernah tidak jujur dengan diri sendiri. Mereka pakai apa yang mereka suka. They don’t embrace value that didn’t suit their needs. Ikut kepala sendiri la. tahniah. Aku respek mereka ini.

Itu bagi mereka yang sebegitu. Aku hormati cita rasa dan gaya hidup mereka. Bagi aku pulak, hipokrit ni kadang-kadang perlu untuk sebuah kelangsungan hidup atau mat saleh kata survival. Dunia luar sana berlambak-lambak manusia hipokrit. Kerja seharian juga memerlukan kita jadi hipokrit. Sewaktu kita bersedih bagai, kita hipokrit dan menjadi orang lain didepan client. Kita bermuka manis dengan bos, customer, mak mertua atau lain-lain semasa kita mahu memanjangkan moncong.

Sekali lagi aku merasakan, memang ada keperluan menjadi seorang hipokrit pada masa-masa tertentu. Hipokrit untuk tujuan baik. Apa salahnya??? Hipokrit bagi memelihara maruah diri dan keluarga.. Hipokrit untuk menjaga keselamatan nyawa… dll

Memang ada hipokrit yang buruk macam bab berpakaian, bab pergaulan, bak skandal ngan laki/bini orang, bab penampilan warak, dan lain2 bab yang sewaktu dengannya. Banyak lagi jenis2 hipokrit kalau kita aku nak listkan kat sini. Ni semua hipokrit mazmumah la kiranya..

Jadi terpulangla tujuan apa individu itu terpaksa menjadi hipokrit. Abaikan maksud yang tertulis di kamus.. jangan cepat menghukum semua hipokrit itu buruk dan kotor.

Jangan cepat menghulurkan telunjuk kepada orang lain, dan mengatakan sipolan sipolan itu hipokrit tapi terlupa bahawa dia juga sedang memakai lencana hipokrit di dada. Bermati-matian mengaku yang dia selama ini menjadi dirinya yang sebenar. Yang hipokrit tu kau, kau dan kau.

Kenapa begini. Kerana mata kita terletak dihadapan. Kita selalu nampak orang lain hipokrit. Tapi kita lupa, cermin langit cukup luas untuk menyuluh siapa diri kita sebenar. Jangan hanya pandai menunding jari, tanpa melihat diri sendiri.

Setiap manusia ada sisi gelapnya. Termasuk juga kau yang sedang membaca entry aku ni. Adakah kau yang sedang menbaca ini tidak pernah hipokrit walau sekalipun sepanjang hidup?? Terimalah hakikat bahawa ia sebagai sebahagian daripada corak kehidupan manusia. That’s life dude.

2 thoughts on “HIPOKRIT???

  1. Besa la tuh Kie…Mana ada org sempurna..Asalkan org tuh nak berubah ke arah kebaikan dan menyesali hari lalunya….Itu dah cukup baik….Kita x perlu cari kesempurnaan…Sbb kita mmg x sempurna pon….Kan????

  2. betul tu… kekadang kite terpaksa hipokrik pada diri sendir dn orang lain.. hipokrik perlu kdg2 pada satu satu masa.. ade contra.. baik dan buruk hipokrik ni.. so kita sbgai manusia berakal.. ambik la yg baik kan???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s