aku manusia biasa


Aku seorang manusia biasa. Sesekali terlupa bahawa aku manusia biasa. Sesekali juga aku alpa dek kemulusan liuk lentok kehidupan dunia. Semuanya nampak molek-molek belaka.

Aku tidak mencari kesempurnaan sementelahlah aku juga tidak sempurna. Aku sedar. Aku tahu. Aku mengerti. Aku amat memahami. Aku diajar untuk sedar diri. Tahu dimana letaknya diri. Diajar memijak dibumi yang nyata. Diajar jangan memandang ditempat yang terlalu tinggi kelak dikhuatiri terlupa realiti diri.

Pun begitu, siapa pula aku untuk menghukum manusia lain sedangkan aku juga sedang menanti hukuman. Siapa mungkin mahu duduk serendah aku dan mengorbankan harga diri mereka yang tinggi dan terpuji untuk duduk bersimpuh berlantai tanah???

Tali harapan yang kupintal ini rapuh. Bejana buat kutadah impian ini tiris. Selimut kasih ini semakin kotor dan berdebu. Mungkin semua ini selayaknya untuk aku. Manusia dhaif dan berdosa.

Namun aku masih ada kuderat yang perlu aku kerah. Patah sayap bertongkat paruh, gunung kudaki, kudaki jua. Perjuangan ini belum selesai. Aku percaya masih ada cahaya dihujung sana. Aku percaya masih ada tangan yang sudi menyambut ketika aku tersungkur dan terduduk.

Maafkan aku kerana tidak mudah melupakan. Biar bibir mengucap maaf, hati berbekas hilangnya tiada. Putih kata, kadang kala bertukar hitam jua. Yang jahat tidak selamanya durhaka. Yang baik tidak akan menjelma menjadi dewa-dewa.

Manusia ini darahnya sama sahaja merahnya. Membezakan kita amal dan taqwa. Katakan sahaja apa yang mereka rasa. Ayuh beritahu dunia aku ini manusia jahat, durjana dan puaka. Aku mungkin tidak layak untuk siapa juga manusia yang serba sempura kerana.. aku sedar, aku tidak mungkin sempurna…. sampai bila-bila.

“Maafkan aku kerana memberikan kau cinta yang tidak sempurna. Kerana aku perlukan kau untuk sempurnakan cinta kita”

titik.

4 thoughts on “aku manusia biasa

  1. Zaki, saya suka dengan ayat…

    “…..Kerana aku perlukan kau untuk sempurnakan cinta kita”

    tiba2 rasa sayang sgt kat Kito…tiba2 rasa diri ini betul2 tak sempurna dan perlukan seseorang utk jadikan ia lebih sempurna…

  2. az.. lagi satu ayat famous filem jerry macguire.. “you complete me”..

    Tapi ayat kat atas tu gua cipta sendiri beb.. untuk yang tersayang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s