kawan


Dah berjenis-jenis kawan aku dah jumpa sepanjang aku hidup 31 tahun ni. Ada yang cari kita time susah ja.. ada yang bersama-sama kita sewaktu susah. Ada pulak tu time kita senang, dia tak muncul2. Ada kawan yang menghargai kita dan ada pula yang sebaliknya.

Aku tak pandai nak menilai keiklasan orang dalam bab-bab perkawanan ni. Aku juga tak pandai nak beza-bezakan antara kawan, sahabat, teman sejati dan lain2 ungkapan klise yang menyemakkan telinga.

Bagi aku mudah. Aku kawan ngan sapa-sapa pun seikhlas mungkin. Samada dia nak ikhlas atau tidak, terpulang pada mereka. Kata orang ” kalau seseorang tu suka menipu, dia akan fikir semua orang akan tipu dia”. Samalah juga macam kaedah berkawan ni, kalau kita tak penah ikhlas kawan ngan orang, kita pun akan terfikir orang lain pun sama tak ikhlas kawan ngan kita…

Aku ada sorang kawan. Dulu ni kira baik la. Kawan dari zaman sekolah. Tapi sekarang dia buat aku musuh. Padahal aku takda masa nak bermusuh2 ngan sapa2. Takda pekdahnya.

Dia ni tak puas hati ngan aku pasal aku ada penah mengutarakan pendapat aku dalam FB group. Dia rasa aku mempersoalkan kredibiliti beliau. (Tengok, aku siap aderess dia ni”beliau” lagi). Aku pun dah penah email kat dia, bagitau kalau tak puas hati meh kita jumpa.. berbincang cara ilmiah. Tak payah nak maki2 dalam FB, bergaduh macam budak kecik. Buat malu ja. Hang tu golongan terpelajar. Kita dahulukan intelek dan kita kemudiankan emosi. Isunya bukan besaq sangat pun. Kecik ja. Tapi mungkin tercabar ego lelaki atau sumpah askar wataniah, aku tak tau la pulak.

Malangnya mamat ni takmau. Tapi dia still tak puas hati ngan aku. Siap maki2 aku Bab*, PT* Bab*, Puk* Lembu dll lagi kat page FB schoolmate yang lain. Yang bestnya mamat ni seorang pendidik. Macamana la seorang pendidik, ayah kepada anak dan suami kepada seorang isteri. sanggup dia merendahkan martabat dirinya dikhalayak ramai dengan tindakan sedemikian?? Tak paham aku.

Aku ajak jumpa pun bukan nak gaduh ke, nak bertumbuk ke. Cuma nak dengar dari mulut dia, apa yang tak puas hati dan kemudian bersalam dan berdamai. Kan elok gitu, daripada buat dosa kering bermusuh sesama saudara seagama. Aku pun tak salah kawan aku ni 100%. Disebalik dia tak puas hati kat aku, ada juga jembalang2 tanah yang dok cucuk bikin dia ni lagi panas.

Bagi aku, orang-orang yang suka memutuskan silaturahim ni telah tersedia tempat mereka di neraka sana.. Biaq pi la kat depa kot2 depa rasa kulit puak2 ni kebal api neraka.

Aku maybe tak rugi satu sen pun dia tak jadi kawan aku. Aku cuma terkilan sebab hanya kerana kegoan membetulkan salah faham membawa kepada tindakan dia memutuskan silaturahim sesama Islam.

Aku doakan kawan aku sorang ni akan sedar dan insaf dengan perlakuan dan tindakan beliau. Setan suka kalau kita aduh sesama Islam ni. Dia lagi suka kalau ada silaturahim yang terputus. Makin hari kita bukan makin muda. Bawak-bawaklah bertobat.

titik

5 thoughts on “kawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s