HATI MANUSIA


ada pepatah melayu mengatakan rambut sama hitam, hati lain-lain.

Apa kes pepatah di atas dengan kejadian yang berlaku kat aku hari ni???

Takdak apa yang menarik sebenarnya yang berlaku. Pagi2 dah hantar moto kat kedai sebab nak claim warranty, then member aku bersama anaknya yang sangat comel bernama aiman telah melepak di Mac D sampai laptop aku siap di format. Kena virus kejadahnyanya ntah. Tiap dua jam dia restart. .. Sebaik ada member aku ni, dapat gak dia amik aku kat kedai moto sebab moto aku kena tinggal.

Banyak gak la aku dok berborak ngan dia ni sementara anak dia dok main kat play land Mc D tu. Kami dok bercerita perangai kawan-kawan sekolah yang so colorful. Yang bestnya, ada diantara mereka ni masih lagi bawak perangai time sekolah sampai skang ni..Kalau perangai yang berjenis takpa la jugak.

Kami pakat2 pelik. Bukan apa, dah masing-masing dah tua tapi perangai macam form 1-5. Ada yang still dok cerita hal lama, ungkit hal lama, dok bersaing cara menjatuhkan, dengki mendengki, kutuk mengutuk… dari zaman sekolah sampai la skang ni. Aku ingat lepas 14 tahun tinggal sekolah, masing-masing dah matang dalam hidup. Rupanya tak…

Kalau ada yang suka bersaing.. sampai skang dia still nak bersaing. Macam mamat yang aku cerita entry before ni… Punya la tak suka dengan PTD tapi mintak PTD sampai 3 kali, tak dapat2. Tu pulak, tak puas hati ngan aku sebab aku dapat PTD. Padahal semua ni rezeki dah ditentukan Allah. Dia jadi cikgu, aku jadi PTD. Semua ni Allah dah tentukan dari awal. Ni soal rezeki beb, Rezeki masing-masing. Tugas kita adalah bersyukur. Lainla kalau tak reti nak bersyukur.

Terbaru aku dapat tau dia pun kalut nak wat master pasal aku buat master. Hadoila, tepuk dahi, aku. Apa la masalah dengan mamat sorang ni. Tapi bagus jugak, sekurang-kurangnya, secara tidak langsung, aku menjadi sumber motivasi dia utk menjadi lebih baik. Good for him. Best sangat ke ada master??? Lainla kalau tujuan buat master ni nak bangga diri. Bagi aku, aku buat master sebab nak menuntut ilmu. Bukan cuti belajar dan makan gaji buta (seperti kata mamat ni kat aku).

Bak kata si member aku tadi, “biaq pi la kat depa nak dengki, bukan depa bagi makan aku anak beranak pun.”

Ye la. Aku pun bukan peduli si mamat ni nak jadi apa. Aku tak amik port pun. Tapi dah orang mai bagitau kat aku perkembangan semasa dia, aku dengar je la,

Aku doakan moga-moga dia sedar. Tak selamanya kita sentiasa boleh berada dihadapan orang lain. Kadang-kadang ada orang yang lebih baik dari kita walaupun kita telah melakukan yang terbaik.

Hati kita kena bersih, baru hidup tenang, jiwa riang, badan sihat, otak cergas. Ni kalau dalam hati asyik nak berdengki-khianat je kat orang, huh! sesak dada beb. kau tak sesak dada ke bro???

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s