etika dan pekerjaan II


sambungan…..

Pastu aku pun cakap, takpela, aku mai hari sabtu. Dia kata ok. Si Mekanik ni suh mai pagi2. Aku pun mai le hari sabtu. Bila aku sampai je tetiba dia cakap orang yang incharge tu pulak cuti. Amoi incharge (kira mandur la kat kedai ni) kena bagi kelulusan sebelum sparepart warranty leh wat keluar dari stor. Aku pun pelik. Takan kerani ni power sangat??? bos ko takde ke?? Tapi sebab aku tak dalam mood marah..So aku pikir maybe ni prosedur kerja dorang kot. Kalau Jabatan Kerajaan wat gini dah lama kena komplen kat suratkhabar. Aku pun kata takpela. Aku mai esok je la. Bukan urgent pun kerosakan aku ni.

Si mekanik ni cadangkan aku tinggal motor dan esok mai amik. Kejap je dia nak tukar bawah kepak motor aku ni. Aku pun kol la kawan aku, nak mintak tolong amik. Dengan paksa rela aku pun tinggal la motor. Hari Ahad aku ada kelas sampai malam, jadi tak dapat la aku amik. Aku datang amik motor aku hari isnin petang dalam pukul 6 lebih. Tu pun, puas aku cari orang nak g hantar aku kat kedai.

Bila aku sampai ja, kedai pun dah nak tutup. Tinggal dorang ni tunggu aku ja. Dorang dah siap2 keluarkan motor aku ni. Aku belek2, ok, confirm dorang dah tukar. Aku belek minyak, eh!.. napa merah ni. Mamat mekanik ni perasaan aku belek minyak. Then dia cakap..” Kitaorang guna motor abang pi keluar makan”. Aik?? Sesedap anak tekak korang je pakai reta aku…

Aku pun senyum kelat ja. Nak marahpun, si Mekanik ni tolong aku setelkan pasal waranti, sedangkan mamat salesman lepas tangan. Setakat minyak 2-3 ringgit yang susut tu bukannya luak pun duit aku. (eksyennya statement). Dorang pun dah siap lap motor aku lagi. Kira bersih la dari aku hantar kat dorang. Jadi aku pun tak berapa kisah sangat.

Sebelum tu aku ada tengok depa guna motor ex-goal keeper kedah zaman2 90-an buat pegi makan tengahari. Makhluk Allah ni tinggal motor untuk depa perbaik. So aku pikir maybe depa nak test enjin ke,.. or all the technical matter yang aku tak tau. Rupanya-rupanya, dah jadi habit depa dok guna motor customer bila customer tinggal kat depa. Padahal depa ada kenderaan sendiri.

to be continued…

4 thoughts on “etika dan pekerjaan II

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s