etika dan pekerjaan III


sambungan… season finale… hehehehe

Sambung ceita haritu. Bagi aku ni bukan soal duit ringgit. Bukan soal aku berkira dorang nak guna motor aku. Ini soal prinsip2 etika dalam pekerjaan. Soal akauntabiliti dan integriti. Yang sedihnya, mekanik tu anak bangsa aku pulak tu. Depa nak naik boleh, tapi kol la tanya aku. Tanya tuan dia. Jangan guna motor orang tanpa kebenaran tuannya. Tu pulak, aku ni customer. Motor aku bukan ada kerosakan enjin sampai nak kena test drive bagai.

Kalau dibuatnya bawak motor aku pi merompak ke, meragut ke?? tak ke pasal2 aku lak yang kena. Sebaik la sampai harini takda lagi polis cari aku. Bahaya juga kalau kita ni main tinggal2 keta or motor kat workshop ni. Kita tak tau macamna dorang ni guna keta or motor kita. Bukan semua mekanik yang jujur dan bona fide.

Kalau la aku ada company dan pekerja aku macamni punya perangai, dah lama aku buang. Tidak amanah dalam menjalankan tanggungjawab. Sudahla salesman tak mau entertain, time nak beli bukan main mulut manis. Mekanik pulak tidak amanah. Nak report kat pihak atasan kesian pulak. Petang kelmarin aku baru perasan raga aku bengkok dan calar balar sampai tanggal cat. Aku suspek depa main cincai2 ja betulkan raga aku. Aku ada komplen pasal depa pasang salah raga motor aku. So aku soh la depa ni betulkan balik.

Betul la kalau orang kata pekerja melayu ni eksyen dan tak suka kena arah. Melayu ni masih rasa tuan walaupun bangsa lain sebenarnya yang jadi tuan dan bagi makan anak bini depa. cuba tengok kalau kita pi makan kat kedai melayu, tetiba dorang salah hantar order. Bila kita komplen salah hantar, muka dorang terus masam. Bukan nak minta maaf ke, atau kurang-kurangnya ambil balik makanan tu dengan muka manis dan hantar order yang betul. Tengok kalau kita makan kedai mamak. Dah la amik order cepat, salah hantar order pun selamba je gi tukar balik. Kena marah pun macam takde perasaan.

Melalut pulak aku ni. Berbalik pada kes aku ni. Untuk kesekian kalinya, ini kali terakhir aku beli motor kat kedai ni dan aku pun tak akan rekomen sapa2 pi beli kat kedai ni lagi. Kedai dia betul2 kat trafik light Pekan Simpang Kuala satu deret ngan Tabung Haji. Kedai ni pun bukan kecil2 anak. Kedai yang dah lama ada kat Kedah ni terutamanya area Alor Setar.

Aku nasihatkan, sapa2 yang nak perbaik motor, kalau korang tak kenal mekanik tu, jangan la tinggal moto korang. Kena lenjan tu kira kes kecik la tu. Macam aku cakap tadi, buatnya diguna buat pegi pecah rumah ke, meragut ke atau lain-lain jenayah yang sewaktu denganya, tak ke naya korang.

Simekanik ni pun satu hal, Kalau nak lenjan sekalipun, tolong2 la isi balik minyak tu. Kurang2 sebagai tanda terima kasih guna motor orang. Ni buat derk je. Sengkek sangat kot, pasal dia siap bagitau aku lagi gaji blum dapat.

Lagi satu, kalau motor korang dah teruk sangat, sampai takdak pilihan dan kena jugak tinggal nak wat cemana kan. Kalau setakat rosak sikit2 korang tunggu je la. Lebih baik buang sedikit masa daripada kena macam aku ni.

Ni adalah salah satu pengalaman dan pengajaran dalam hidup aku. Selalu masyarakat umum asyik dok tibai gomen je kan,… tidak amanah la, malas la, itu la, ini la… Tapi tgkla private kerja cemana?? Efisyen la sangat kan??

Ini jugak menunjukkan masyarakat kita masih mempunyai mentaliti individualistik yang tinggi dan nilai2 (value) yang sangat rendah. Penting diri sendiri. Tak pikir hal orang lain. Walaupun berpendidikan setinggi manapun, pemikiran sekritis mana sekalipun, kalau nilai2 moral, akauntabiliti dan intergriti tidak ada maka akan pincanglah masyarakat dan rosaklah negara.

Moral of the story: Melayu Mudah Lupa.

Inilah Malaysia.. tanah airku.

The End

Tamat

3 thoughts on “etika dan pekerjaan III

  1. fuh akhirnya….

    hmm kisah ni lebih kepada ‘tidak amanah’…bukan kat bengkel je, kat opis pun berlambak kes macam ni…contoh kecil – sesuka ati bawak balik alat tulis / kertas A4 ke umah dgn alasan malas nak beli (haaa jg tuduh saya pulak)…😛

    tang kedai mamak amek order laju tu mmg setuju sgt2…apsal kalau restoran melayu (kebanyakannya) punye la slow servis dorang…dah la lambat, silap amek order pulak tu..pastu moncong cam itik serati…

  2. az;echah: saya dah pi HQ dan buat komplen. tak tau la komplen ni sampai ke tidak ke management dorang. raga moto pun boleh kemek dorang kerjakan. sebaik dapat tukar baru bila saya pi bising2 kat HQ dorang.

    Kalau nak bercakap bab accountability, amanah, integriti ni, sampai suboh pun tak habis.. pokok pangkalnya atas individu tu sendiri la. undang2 Tuhan lagikan dorang tak takut, apatah lagi undang-undang manusia..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s