special entry untuk tukang baca blog aku


Blog aku ni bukan ada pembaca pun. Berapa kerat sangat yang membaca. Readers pun, kalau bilang dengan jari, siap ada lebih lagi jari yang tinggal.

Aku buat blog ni pun pasal aku syok sendiri ja. Aku nak tulis apa yang aku suka. Apa yang aku rasa. Aku tak wajibkan sapa-sapa nak baca or buat review. Prinsip aku mudah, kalau ada ilmu yang aku kongsi ni bermanfaat, aku dapat pahala sket sebanyak.

Aku tak macam sesetengah orang yang memang glamer. Blog dia berjuta-juta hit sehari. Hit blog aku??? Nak bagitau pun malu.

Namun begitu,… kepada yang dok baca hari-hari tu, terima kasih la aku ucapkan. Aku tau blog aku berat, bosan dan takda gossip2 terkini ala2 blog azwan ali. Aku takda bahan nak cerita, takde keluarga nak share aktiviti2 dan takdak gambar menarik nak upload.

Nak up diri pun, takda apa nak di ‘up’ kan. Nak cerita tempat keja, aku pun dah tak keja lagi dah. Nak cerita cinta cintun, lagi la aku tak reti.. Dah tentu-tentu aku ni bukan jenis jantan romantika ditampoi

so blog ni la tempat aku ekspressikan diri aku. Marah, benci, meluat, sayang,rindu dendam dan lain-lain yang sewaktu dengannya. Aku tidak bertanggungjawab atas mana2 individu yang telah membuang masa mereka membaca blog aku walaupun hakikatnya aku amat menghargai hangpa singgah kat blog aku.

memandangkan aku sangat bz minggu ni dan minggu depan maka aku tidak akan menghapdet blog aku sehingga cuti semester. Cuti semester pulak aku akan menspoilkan diri aku semaksimum mungkin… ahhhhh tak sabarnya nak cutiiiiiiii

6 thoughts on “special entry untuk tukang baca blog aku

  1. cewah… pheewittt…

    bila baca bleh fikir2 dulu kalau nak respond ke tak.

    kalau sembang tentu lambat nak bagi respond sbb topik berat.😀

    good luck!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s