Fitrah dan Keterbezaan


Manusia dicipta berbeza-beza. Pelbagai karakter dan rupa wajahnya. Perbincangan Dr. Fadilah Kamsah pagi tadi dalam MHI memang membuatkan aku terfikir betapa dua jenis insan yang diciptakan manusia tak akan boleh sama fitrahnya sampai bila-bila. Tugas kita adalah untuk memahami perbezaan itu dan menerima seadanya.

Kesilapan bermula bilamana kita terlupa menyesuaikan diri dengan perbezaan karakter itu. Lelaki menyampaikan maklumat (dalam proses komunikasi) dengan cara lelaki, dengan harapan kaum hawa memahami mesej tersebut dalam kerangka pemikiran lelaki. Begitu jugak la sebaliknya. Maknanya sampai bila2 pun kalau begini caranya, tidak akan mencapai satu komunikasi yang berkesan.

Lelaki bertindak dalam ruang lingkup fitrahnya sebagai lelaki, begitu juga wanita. Sedikit pemahaman terhadap perbezaan ini membantu kita untuk menerima perbezaan itu sendiri. Perbezaan ini sebenarnya bukti sempurnnya suatu ciptaan Allah. Bila mana kita gagal dalam memahaminya, maka terjadilah konflik antara dua karakter yang berbeza ini.

Cendiakawan dalam ajaran Taoisme telah mengajar kita tentang simbol yin dan yang. Bagaimana simbol ini tidak lengkap tanpa yang satu lagi. Kerana setiap simbol mewakili fungsi masing-masing, dan bersatu menjadi bulatan walaupun fungsinya dan rekabentuknya berbeza. Ia melengkapi santara satu sama lain sebagaimana malam melengkapkan siang dalam putaran waktu sehari semalam.

Untuk apa kita mahu menjadi dia dan dia menjadi kamu. Cukup sekadar memahami dan menerima keterbezaan itu seadanya. Kefahaman terhadap fitrah insani ini menuntut kesabaran yang amat tinggi. Kesabaran juga melangkaui tuntutan emosi dan egois diri.

Mungkin mudah secara teorinya. Praktikalnya mungkin huru hara. Boleh menerima atau tidak perbezaan itu mungkin satu perkara, tapi yang paling penting, adalah kita bersedia??? Jangan mudah mendabik dada bahawa ilmu kita sudah lengkap segala-galanya, andai tidak tahu mengguna ilmu itu sewajarnya. Lebih parah kalau kita tidak bersedia pulak, mungkin sendiri akan tanggung akibatnya.

Bagaimana kita tahu yang kita telah bersedia??? Biar masa sahaja yang menjawabnya..

titik!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s