Kenapa aku menulis


Kenapa aku menulis ya???

Aku menulis kerana aku suka menulis. Aku suka mengunjurkan idea aku secara empirical . Tidak hanya berlegar di sudut-sudut gelap kotak fikiranku yang tidak langsung terbolos cahaya.

Ya memang benar aku suka menulis,
Aku suka menulis kerana mana mungkin idea yang tidak terlahir boleh dilaksanakan. Walaupun idea-idea mungkin gila pada waktu ini tetapi mungkin tidak pada suatu masa.

Aku suka menulis kerana aku suka mentafsir persekitaran dan wilayah autonomi mata yang semakin semak dan menyesakkan. Mentafsir pemerintahan maharaja otak, berBendaharakan akal dan bermenterikan iman untuk memerintah sang anggota badan yang masih berfeudalkan nafsu

Aku suka menulis kerana aku bisa meluahkann jelak mataku dek tarian rerumput yang membuai mengikut angin. Tiada prinsip perjuangan walaupun akar pendiriannya lebih kukuh dari akar balak sepuluh pemeluk.

Aku suka menulis kerana aku bertemu dengan ragam manusia yang perlu diceritakan. Ada yang baik ada yang ramah. Ada yang samseng ada yang pemurah. Ada yang berani ada yang suka mencari masalah. Ada yang menganut ajaran Machiavelli.. “matlamat menghalalkan cara..”

Aku suka menulis kerana aku mahu orang tahu apa yang terbuku dihati aku.. Aku menulis kerana aku suka dan aku punya suka. Aku tidak berkuasa melarang apa yang aku tidak suka kepada orang lain kerana aku tidak punya kuasa.

Nah, sekarang aku berkuasa memerintah di dalam wilayah tubuhku sendiri(di bawah kekuasaanNya). Aku memerintahkan tangan supaya menulis, selagi mana Yang Maha Kuasa mengizinkanya. Tidak ada hak atas siapa2 melarang aku selagimana aku tidak melanggar undang-undang Negara.

Aku suka menulis kerana kenapa perlu aku tidak suka dengan apa yang aku suka, kerana aku tidak memaksa engkau untuk menjadi pembaca.

Kau dan aku ada cara tulisannya. Umpama satu garisan khatulistiwa. Bermula Dari titik yang sama tapi membelah bumi kepada dua hemisfera. Utara dan selatan yang tidak mungkin akan bersama kerana kutub magnetiknya yang berbeza.

titik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s