SEMOGA TABAH DAN TERUS TABAH….


Semalam aku melalui satu laman blog. Bait-bait kata dalam tulisannya membuatkan aku tersentuh. Bagaimana dia menyulam cinta dengan tasbih kasih kerana Tuhannya..

Aku melihat garis keimanan yang amat kukuh didalam setiap perlakuan dan pemikirannya. Melihat bagaimana dia berserah diri kepada tuhannya dalam merencanakan cita-citanya di musafir dunia.

Aku melihat sebukit ketakwaan dan ketulus penyerahan diri kepada Yang Maha Kuasa. Kilauan keimanan dihatinya mungkin sedang diintai malaikat disyurga.

Pada waktu itu juga aku panjatkan doa. Moga-moga keimanannya terus dipelihara. Kerana Allah telah memberikan dia ujian dunia yang tidak tertanggung oleh manusia biasa. Allah berikan ujian seperti ini hanya untuk insan seperti dia.

Aku berdoa semoga dia dipertemukan dengan orang yang dia cinta disyurga sana. Kerana keimananmu itu tiada tempat selayaknya kecuali syurga.

Semoga tabah dan terus tabah adikku Teh Afifah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s