musang berjanggut


Cerita musang berjanggut arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee amat cantik sekiranya dipandang dari sudut sains politik dan kemanusiaan. Banyak perkara yang boleh kita renung dan fikir. Banyak pengajaran yang boleh kita kutip sepanjang filem ini selain melihat filem ini sebagai sumber hiburan komedi semata-mata.

Maafkan aku andaikata entry aku ini agak mengantuk. Tapi aku suka mengajak kamu bertaakul sebentar beberapa pengajaran yang aku kutip berkait langsung dengan politik negara kita hari ini.

1. Bagaimana hebatnya kuasa seorang wanita, sehingga dapat memperkudakan pemimpin nombor satu negara. Datuk2 Menteri ada yang menjadi tikus, patung dan katak. Apalah nasib rakyatnya pula kalau baginda Sultan dan Datuk2 Menteri di perguna sedemikian rupa.

2. Aku melihat skandal suami orang/isteri orang boleh sahaja berlaku dimana-mana, dari rakyat marhain sehingga ke peringkat elit politik membawa sampai ke golongan aristokrat, walaupun pada zahirnya mereka ini nampak bersih dimata rakyat.

3. Aku faham bagaimana hukum agama dipermainkan oleh Menteri Nikah kawin demi keuntungan peribadi dan suku-suku manusia yang seliran fahaman dengannya.

4. Aku percaya bahawa kuasa wanita boleh membawa kepada perlakuan memanda Bendahara Paduka Raja sehingga sanggup mencium kaki wanita hanya kerana ikutkan nafsu berahi. Begitulah kuatnya tarikan seksual wanita. Begitu juga bebalnya seorang lelaki yang merendahkan harga diri semata-mata memenuhi tuntutan shahwatnya yang tak bertepi.

5. Mudahnya membunuh karier pemimpin hanya dengan tipu daya seorang wanita. Sejak zaman berzaman wanita dijadikan senjata menjatuhkan seorang pemimpin terkemuka malah senjata yang pernah membunuh seorang raja.

6. Kuasa wang yang mampu membeli taat setia sepertimana pengusung tandu Tun Nila yang sanggup menjual nyawa Raja Mudanya.

7. Persengketaan boleh tercetus juga disebabkan seorang wanita.

8. Mobilisasi sosial dari rakyat kepada elit boleh berlaku walaupun jarang benar terjadi.

9. Pemimpin yang terlalu lama, sudah hilang fokus dan tidak effective perlu mengundur diri dan memberi laluan kepada pemimpin muda. Contoh old timer Macam Uncle Samy, TGNA, CM sarawak dll.

10. Untuk menjadi pemimpin, bukan sahaja perlu berilmu, berpengalaman, bijaksana malah perlu juga mempunyai hikmah (wisdom).

Kalau anda rajin, berfikir, kaitkanlah dengan senario politik hari ini. Bagaimana elit politik sentiasa memanipulasi kita rakyat jelata (mass) demi kepentingan pengaruh dan kuasa mereka. Jangan kita mati sia2 kerana mendukung ideologi yang kita sendiri tidak fahami. Jangan hanya menjadi pengikut yang mengikut-ikut sambil akalnya ditambat di kepala lutut

sentiasalah berwaspada wahai para sang lelaki yang gagah diluar sana, kerana kegagahan anda bisa dicairkan dengan senyuman dan air mata seorang wanita. Akal mereka yang satu itu belum tentu mampu ditewaskan oleh akal kamu yang kononnya sembilan andaikata kamu wahai lelaki, masih berkompaskan egois dalam membentuk haluan kehidupan.

2 thoughts on “musang berjanggut

  1. Entry seperti peringatan kepada kaum lelaki. Hehehe.

    Jadi, selama ni awak telah tergoda dek wanita ke?

    Ops, jgn marahhh sayang…. Bulan depan kita dating sampai lebam ok?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s