Manusia dan tafsiran


Aku ini manusia biasa. Aku silap. Aku perbetulkan dan aku silap semula dan aku perbetulkan semula. Aku belajar dan belajar bagaimana untuk belajar. Aku bukan dewa. Aku tidak punya kuasa untuk memutar hari semalam.

Manusia naif seperti aku hanya boleh perbetulkan kesilapan semalam pada hari ini. Walau ada yang menjuih bibir, seolah-olah sekali tersilap, selama-lamanya berdosa. Biarlah. Yang penting aku usaha. Aku usaha memperbetulkan kesilapan.

Aku bukan maksum. Aku punya banyak dosa, kepada tuhan apatah lagi kepada manusia. Aku perlu manusia lain untuk memapah tangan aku bilamana kakiku kaku. Aku perlu bila aku memerlukan.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Aku telah kehilangan manusia yang paling aku sayang. Tuhan telah menjemput dia. Separuh jiwaku pergi bersama dia. Aku redha. Hanya orang penah merasa kehilangan seperti ini akan merasa apa yang aku rasa. Sedih aku ini tidak artificial. Belum 100 hari lagi rupanya ibu pergi.

Terima kasih kepada yang masih sudi di sisi. Terima kasih juga yang mahu pergi. Moga-moga kita dipertemukan dalam keadaan yang lebih baik selepas ini

Aku terima dan aku redha. Kerana aku manusia lemah. Tapi aku tidak mahu hidup dalam kesilapan semalam. Aku bukan maksum, tapi aku boleh berubah. Aku percaya biarpun ada yang tidak percaya.

Allah… aku redha…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s