keriang dot dan burung belatok..part I


Kau nak dengar cerita.. burung belatuk dan pokok keriang dot. Macam-macam version dah aku dengar. Meh aku nak cerita version aku plak….version Kampung Pekan Dalam, Anak Bukit Alor Setaq

Ceritanya gini, Pada zaman dulu2 bersahabatla dua makhluk Allah, pokok keriang dot dan burung belatuk. Pokok ngan burung belatuk ni kira member kamceng la dari muda2 sampai la beranak cucu. Hidup depa ni aman damai…

Pokok keriang dot ni banyak berjasa kat burung. Dia bagi burung belatuk buah, bagi burung belatuk buat sarang, bagi burung belatuk perlindungan dari hujan dan panas.. Kira banyak la jasa si pokok ni kat burung belatuk…

Semakin lama, pokok keriang dot semakin membesar. Dulu kecik ja, la ni dah makin gagah. Menatang dan makhluk lain memuji2 kegagahan pokok keriang dot. Ada juga yang memuji kecantikan dan ketinggian shape body pokok keriang dot ni. Dia pun mula rasa riak dan takabur. Rasa hebat. Ribut besar pun tak mampu nak tumbangkan pokok kering dot ni. Makin hari beliau makin eksyen, sebab makin ramai yang memuji2 kecantikan si pokok keriang dot.

Satu hari ntah macamana dorang dua makhluk ni gaduh. Pokok tak puas hati pasal burung belatuk sepanjang burung dok lepak situ, satu menda pun tak penah menyumbang apa-apa kat pokok. Dah la makan pun free, sewa tak penah bayaq.

Ada, tak dak burung belatuk ni, pokok cenggitu jugak… Pokok ni rasa, kiranya burung belatok ni langsung tak ambil peduli dan mengabaikan pokok. Pagi keluar, malam baru balik. Pokok rasa kawannya si Burung belatok hanya ambil kesempatan sahaja. Langsung tidak menunjukkan burung belatok ambil berat dan sayang terhadap sahabatnya ini.

Oleh kerana kelaseran pokok keriang dot tadi, maka burung belatuk pun kecik lah hati. Dia pun amik keputusan memblah le dari pokok tu. Dia pun pi la cari tempat lain nak wat sarang… Maka lost contact la dua sahabat ni…

Lepas tak brapa lama, si pokok keriang dot tetiba jatuh sakit. Pokok keriang dot konfius, cemana dia yang gagah gler b*b* boleh sakit sampai nak mati. Berdenyut-denyut sakitnya menusuk sampai ke teras kayu.

Saat-saat dia nak mati, datangle sekor tupai…

Sekali tupai kasi tazkirah kat pokok ni.. tau apa tupai kata???

bersambung……

2 thoughts on “keriang dot dan burung belatok..part I

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s