ceritera Manusia II


Aku kurang paham.. sapa-sapa tolong pahamkan aku. Aku tak paham perangai manusia ni beb. Lebih-lebih lagi manusia ni agamanya Islam.

Kenapa aku tak paham?? Ha la, cuba kau pikir. Sebagai orang islam yang waras, agak tak logik kalau kita tak tau yang memutuskan silaturahim dan membuat fitnah itu satu dosa. Dosa besar pulak tu… Lagi la besar kalau sampai meruntuhkan masjid.

Ikut logik aku la kan,… kalau memutuskan silaturahim itu dosa, mempertautkan kembali silaturahim kan satu pahala. Islam pun ajar kita untuk menutup keaiban orang, sebab kata Nabi, Tuhan pulak akan tutup aib kita diakhirat kelak.

Kalau kita ada kederat, kita pakat-pakat bantu untuk pulihkan perhubungan silaturahim, kita baiki masjid yang nak runtuh atau kita sambung ikatan yang nak putus. Kalau berhasil, kita jugak yang dapat pahala, kan??

Ni awat yang seronok sangat nak tengok orang cerai berai?? putus memutus??? Tu plak siap menabur-nabur fitnah bagai. Kononnya sipolan dan sipolan ada skandal la, kaki perempuan, ada gfren/bfren ramai, suka melakukan gangguan seksual, suka mengorat laki orang dll yang sewaktunya dengannya. Tujuannya satu.. nak cerai beraikan atau putus memutuskan apa yang bersatu sebelum ni.

Orang yang seronok kalau jadi perkara sebegini biasanya ada agenda. …Agenda?? ikut la.. ada yang nak rebut harta, rebut bini, rebut awek, rebut anak dan lain2 lagi la… Mana ada orang ada agenda baik2 dan suci murni kalau depa happy tengok orang lain susah??

Kalau ada diantara pembaca blog aku yang berpeel sebegini… aku nasihatkan… rentikanlah… Tak baik seronok tengok hidup orang porak peranda. Nanti kena kat batang hidung sendiri baru lu tau. Tak payah la nak ada hati kat laki/bini/awek orang lain.. Pi la cari laki/pompuan lain yang single mingle. Ni tidak, laki/bini/gfren orang jugak yang kau nak kejar… (cewahhh!!!! ala2 cerita Adamaya plak)

Tak guna ada pelajaran tinggi, jawatan hebat2 (contohnya PTD, Peguam, Guru, Ahli Perniagaan, jurutera perodua..dll), kalau hati hitam macam bontot kuali, perut busuk macam bangkai tuttttttttt dan otak macam selut bendang lepas di gala.

Minta maaf la kalau bunyi entry aku ni agak kasar, tapi hakikatnya,.. orang yang berkenaan (aku dimaklumkan ada spesis ni yang slalu singgah kat blog aku), tak akan terasa yang menda ni kena kat diri dia , mesti dia ingat aku cerita pasal orang lain.

Dah-dah.. Lepas baca blog aku pi buat keja…

chow!

2 thoughts on “ceritera Manusia II

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s