keriang dot dan burung belatok..part II


Saat-saat dia nak mati, datangle sekor tupai…

Sekali tupai kasi tazkirah kat pokok ni.. tau apa tupai kata???

“wei pokok, tu la hang dulu eksyen. Hang ingat hang gagah, hang cantik, hang tinggi. Kayu hang keras, akar hang kuat. Hang tak takut ribut taufan. Hang hanyut dengan puji-pujian.. Hang lupa lafaz persahabatan hang dengan burung belatok.. Hang termakan hasutan binatang-binatang lain yang memang cemburu tengok kemesraan persahabatan hangpa.. Last-last hang nampak keburukan burung belatok saja. ”

Umpama satu titik hitam di kertas putih. Yang hang dok nampak hitam sedot tu ja… yang putih semua tu hang tak nampak dah.. Patut la nama hang keriang dot…

“Hang tau dak, kecik hati punya pasai, dah blah si burung tu..

“Hang tau pasai apa hang gagah sangat dulu?? Mai sini aku nak bagitau hang.. Dulu burung belatuk ni baik punya dok patuk2 cari ulat kat badan hang. Sekoq ulat pun takbleh hidup apatah lagi nak beranak pinak dalam badan hang..”

“Bila burung belatok blah, ulat-ulat tu raya hindu la. Habis dia mentekedarah badan hang. La ni hang reput nak mampus dah… baru pada muka hang… ”

“Lain kali, hang kena ingat pokok, walaupun sumbangan burung tu kecik dalam hidup hang, tapi kesannya amat besar pada hang. Jangan ingat sebab hang dah besar, hang boleh ek (slang kedah) dengan makhluk sekecik burung belatok…”

“Bila dah jadi lagu ni, baru la hang nak ingat kat burung. Dulu hang tak pandang pun peranan burung belatok dalam hidup hang… . Hang hanyut dengan puji-pujian depa… Hang ingat hang terar”

“Burung belatok tidak pernah mengabaikan persahabatan hang dengan dia..”

“Burung tu dah keja dia terbang mencari makan, takan hari2 nak mentekedarah buah keriang ja or lepak ngan hang 24 jam.. Bila dia kuar bekerja dan balik malam2, tidak bermakna dia mengabaikan hang”

“hang ja, pokok, layan perasaan hang sgt, makan sangat hasutan binatang-binatang yang berhati binantang..berprasangka bukan-bukan”

“La ni cemana hang nak justify tindakan hang menghalau burung belatok ni??”

“Hang tau dak pokok.. hang ni terlupa nak bersyukur dengan apa yang hang ada. Pasai hang tinggi mencecah awan, hang terlalu asyik nampak bintang dilangit, sampai hang jadi lupa rumput dibumi”

“lepas ni pokok, hang pi la muhasabah diri, dan bawak-bawak bertobat.. hang pun tak lama nak mati dah…”

“Ok la pokok aku chow dulu, fikir-fikirkan dan selamat beramal”

Pokok tu tetiba menjadi insaf, dan menyanyikan lagu nasyid raihan… Dia pun doa moga2 sahabat dia, burung belatok akan mai balik lepak kat dahan pokok keriang dot.

Lepas memberi ceramah sivik/tazkirah tupai trus chow selepas menapau sebijik dua buah keriang dot yang tinggal baki-baki ja lagi..

Sekian dulu cerita rakyat Negeri kedah. Jumpa lagi adik-adik.

3 thoughts on “keriang dot dan burung belatok..part II

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s