Kebahagiaan


Macamana kita nak tahu kita tengah bahagia??
Ustaz aku cakap, kita tengah bahagia bila kita tidak sedar masa berlalu begitu cepat. Tau-tau dah malam. Bila masa tengahari, bila masa petang pun kita tak sedar.

Kata ustaz, bahagia itu membahagiakan
bahagia itu mententeramkan jiwa..
bahagia itu menyeronokkan..

Aku musykil..
Kenapa ada manusia yang menyesal pernah bahagia??.. Manusia yang menyesal membahagiakan orang lain pun ada. Maknanya sewaktu dia membahagiakan orang lain, diri dia sendiri tidak bahagia..
Ada juga spesis manusia yang bahagia melihat orang lain jatuh dan menderita??

Maknanya, bahagia ini tafsirannya luas..
Atas individu mentafsir bahagia..

Bagi aku mudah..
Pokok pangkalnya bahagia terletak pada hati.
Kalau hati tidak tenang, kusut, huru hara, penuh dengan sakit hati, syak wasangka, penolakan minda, mental block.. tak bahagia la jawabnya.
Sama jugak kalau kita dah tidak ada hati pada seseorang, atau hati kita kosong, mana nak datang bahagia.

Bahagia atau tidak sebenarnya atas kita mentadbir hati..
hati yang bersih akan mencorak pemikiran kita..
bagaimana kita berfikir mencerminkan tindakan kita..
bagaimana kita bertindak mencerminkan peribadi kita..

Aku?? Aku cuma mahu kebahagiaan yang mententeramkan jiwa..
Aku tidak mahu orang lain derita kerana aku sedang bahagia..
Apatah lagi mengorbankan kebahagiaan dirinya untuk melihat aku bahagia…
Kerana aku percaya, kebahagiaan berhak untuk dinikmati bersama-sama..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s