kehidupan lalu


aku penah hidup dimasa lalu.. tak mau bergerak tak mau ‘move on’..
Tak mau pikir masa depan sampai terlupa masa sekarang..
Pasal aku selesa hidup dalam masa lampau..
Selesa bergelumang dengan masa lalu yang aku sendiri tak boleh nak ubah walau sedikit pun
yang gembira akal kekal gembira dan yang sakit akan terus sakit

Akhirnya
Pada suatu hari lepas isyak di kedai makan tomyam..aku disedarkan oleh seseorang supaya ‘move on’
Dengan selambanya dia tunjukkan aku pintu keluar dari masa lalu dan pintu masuk ke hidup yang baru..
Kata kawan aku, buat apa biarkan semalam merantai hidup kita
sedangkan kita berpeluang mencorak masa depan sendiri

Kita corakkan masa depan kerana bilamana masa depan menjadi masa lalu,
Masa lalu itu nanti tidak seburuk masa lalu yang dulu
masa lalu yang aku agung-agungkan
masa lalu yang aku tak mau keluar darinya..

Kata kawan aku,
buat apa aku hendak biarkan hati aku sakit, luka berdarah
penuh dengan kebencian yang menyesakkan
Kawan aku kata
lepaskan yang lalu berlalu pergi..
lapangkan dada kamu dari ruang hitam masa lalu yang tidak akan mungkin boleh diputihkan

Semuanya terpulang pada aku
tinggal nak dengan tak nak..
samada aku mahu simpan masa lalu digerobok hati
atau aku isi ruang hati untuk kebahagiaan yang boleh aku cari

kata-kata kawan aku ini menjadi tonik penguat jiwa
sampai hari ini…

Pokok pangkalnya diri aku..

titik!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s