kita dan diri kita


Kalau kita rasa kita kuat.. ada yang lebih kuat dari kita

Kalau kita rasa kita hebat… ada yang lebih hebat dari kita

Kalau kita rasa kita kekurangan.. ada yang lebih kurang dari kita

Kalau kita rasa kita sempurna… Allah maha sempurna

Dia adalah segala-galanya atas kita..

*********************

aku manusia biasa. aku kerap terlupa. aku perlu dingatkan berulang kali. Kerana aku kerap terlupa.

aku manusia biasa, aku tidak sempurna..

aku perlu diingatkan berkali-kali..

…kenapa perlu memandang yang jelik sedangkan banyak lagi yang molek untuk dilihat

…Kenapa memandang yang keburukan sedangkan kebaikan lebih indah diperkatakan

…Kenapa memandang kepada kesalahan sedangkan kesalahan itu bukanlah sesuatu yang tidak boleh diperbetulkan

…Kenapa perlu memandang kepada kekurangan sedangkan lebih banyak kelebihan untuk dieksploitasikan

…Kenapa berulang-ulang melihat kepada satu pintu tertutup sedangkan banyak lagi pintu yang terbuka

Ingatkan aku kalau aku terleka. Kerana aku manusia biasa. Kalau aku salah, tunjukkan mana benarnya. kerana aku manusia biasa. . aku bukan baik semuanya. Ada sisi hitamnya

Tapi aku akan ingatkan diri aku.. andai niat kita betul, hati kita ikhlas.. InsyaAllah, Dia akan lorongkan segala kemudahan untuk kita, walau apa jua tujuan dan pekerjaan kita..

************************************

Aku ingatkan diri aku yang aku berbaloi untuk diri sendiri.. kalau pun aku tidak berbaloi untuk orang lain. Bak kata cikgu sekolah aku kelmarin (aku dibelanja sempena hari guru-patut aku la belanja cikgu kan??).. Bila kita ikhlas buat satu-satu keja, automatik pemikiran kita akan jadi positif. Begitu la sebaliknya.

cikgu aku kata, kita ni selalu serabut, pasal banyak sangat yang kita tak suka dari suka.. banyak orang yang kita tak suka dari suka, banyak menda yang kita tak suka dari suka.. Tak suka itu, tak suka ini. Tak suka tu sifatnya negatif.. jadi negatiflah pemikiran kita..

Cikgu aku kata.. Kalau kita nak jadi positif, kena kawan dengan orang yang positif…

Terima kasih cikgu..

titik!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s