100 hari


Pejam celik pejam celik dah 100 hari bonda pergi. Aku agak sedikit sayu pada hari ni. Dengan macam-macam jadi kat aku lately, terasa macam tak dak kudrat. Letih segala-galanya.

Susah nak digambarkan dengan kata-kata perasaan aku hari ini. Semua nampak macam kosong. Yang ada hanya bayangan bonda. Mungkin benar aku agak tertekan setelah pemergian bonda. Mungkin juga benar aku macam tak nak let go perasaan ini. Tidak semudah kata-kata. Hanya yang menanggung akan merasa.

Minta maaf, aku menulis bukan mengharap simpati siapa-siapa. Aku tak minta siapa-siapa faham dan selami perasaan aku. Aku biasa berseorangan menghadapi perasaan ini. Separuh jiwaku pergi bersama bonda. haihhhh!!! Hanya bonda yang faham betapa perasaan ku di dalam. Mendengar tanpa dipaksa, menyimpan rahsia dan tak mengharapkan apa-apa balasan dari aku melainkan hanya kebahagiaan untuk diri aku. Kehilangan yang amat dirasai. Terlalu pedih.

*********************************

Aku anak bongsu. Bila abah meninggal waktu aku umur 7 tahun, bonda la ibu dan bondalah bapa. Aku yang paling rapat dengan bonda (maybe yang paling dimanja) Aku insaf betapa bonda bersusah payah membesarkan kami empat beradik bila abah pergi. Aku insaf diri bila aku kenang kembali bagaimana aku dibesarkan sehingga aku menjadi aku pada hari ini.

Aku tak pernah jauh dari bonda sehinggalah aku bertugas di Putrajaya. Aku anak emak? mungkin. Aku dimewahkan dengan kasih sayang. Semua yang aku nak bonda usahakan. Kalau tak boleh cepat, lambat dapat jugak aku sudahnya.

Aku masih ingat bagaimana bonda berusaha nak kasi aku pergi lawatan sekolah rendah. Aku tau bonda tak berduit. Tapi dia usaha jugak sampai aku dapat pergi. Pernah sekali aku bawak syiling 5 ringgit sebagai duit poket rombongan sekolah. bayangkan nak bagi duit kertas pun bonda tak ada waktu itu.

Time darjah 6, aku bawak 20 ringgit sewaktu rombongan sekolah ke Cameron Highland. Struggle jugak bonda nak mengadakan 20 ringgit time tu untuk dijadikan duit poket aku ke sana. Dulu-dulu lepas UPSR mesti cikgu buat rombongan sekolah.

Susah hidup kami dulu. Tapi tak la sampai tahap bersamamu. Yang aku tau, gaji akhir bonda sebelum pencen tak sampai RM500. Maknanya bila pencen, pendapatan keluarga kami tinggal separuh. Bayangkan betapa struggle bonda menyekolahkan aku. Kalau aku,…RM 250.. nak makan apa?? Sekali shopping 10 minit dah selesai…. Shopping??? bercakap pasal shopping kan, …dulu-dulu kalau aku nak beli baju baru pun setahun sekali ja. Time raya.

Tapi aku bangga jadi anak bonda. Biar keluarga kami susah, keluarga orang kampung, aku bahagia. Walaupun bonda tidak sekolah tinggi, tak banyak duit, tak kaya raya, tak pakai kereta, tak ada rumah besar, tapi dia tak pernah biarkan kami merempat dan hidup atas belas simpati orang lain.

Aku sedar siapa aku dan aku tahu dari mana asal usul keturunan aku. Aku bangga seorang attendant hospital menjadi ibu aku. Aku bersyukur tuhan memberi aku peluang menjadi anakmu selama 31 tahun hidup aku. Walau dia tiada harta, kata bonda kami anak-anaknyalah harta yang paling berharga. Kasih sayang bonda sampai ke syurga.

Bonda, Saat ini, air mata anakanda sedang menitik. Anakanda rindu bonda. Rindu yang paling dalam.

4 thoughts on “100 hari

  1. Wei kawan….Senasib kn kita nih???
    Takpa la Ki… Rezeki masing2….
    Kalau hang kata xdak org paham n hang bukan nak mintak simpati dgn entry hang nih….
    Aku dah merasainya… So, aku bole get in ur shoes…
    Cer hang baca puisi Ke Makam Bonda…Actually aku br j buh entry pasal puisi tuh… Tgk la kt blog aku…

    1. JD: betul, hanya yang pernah merasa boleh merasa.. Kadang-kadang perasaan pilu dalam tulisan kita boleh ditafsir untuk meraih simpati.. sebab tu awal2 aku dah bagitau.. aku tak niat nak raih simpati sapa2. sekadar luahan hati aku. Thanks beb!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s