menafikan realiti??


Tenang sungguh malam ni. Angin langsung tiada sepoi2. Tapi bulan bercahaya penuh. Cahaya bulan menyentuh pelipis kanan bila aku mendongak kelangit kelabu. Cantik.. Subhanallah..

Malam ini, otak aku lengang seperti lengangnya malam tanpa sepoi angin. Nasib baik dalam bilik aku ada kipas angin berdiri, ada juga anginnya. Tapi udara tetap panas dan lengai macam biasa.

Otak aku beraliran buntu. Macam muara sungai air mati. Takdak arus. Sepatutnya ada excitement seperti biasa. Namun tiada lagi rasa yang sepatutnya ada. Aku perlu jawapan kepada rasa ini. Mungkin aku akan dapat jawapannya tak lama lagi. Jawapan kepada kepelikkan rasa yang tidak sepatutnya ini.

Kata orang rasa itu dan rasa ini ada pertaliannya. Saling tahu menahu dan beritahu memberitahu dalam saluran komunikasi yang tidak terhijab dek logik akal. Tapi yang pastinya, pertalian ini sememangnya wujud. Apa aku rasa, mungkin kau rasa yang sama. Mungkin. Aku tak pasti benarnya.

Salah atau benar, gembira atau kecewa.. aku kena redah aje. Aku kena terima. Sepatutnya dulu aku biar, tapi aku tahan. Sepatutnya dulu aku minta tapi aku paksa. Dulu aku tidak dengar, mana aku nak faham. Sepatutnya dulu aku lihat tapi aku hanya memandang.

Sekarang, Aku dengar dan aku faham. Aku faham sefaham-fahamnya. Aku tidak akan lupa apa yang aku faham sampai bila-bila. Kalau benar tertulis garisan ini kekal menggaris perbezaan, aku faham. Aku tidak akan lagi menafikan realiti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s