caca marba.. campur-campur


Banyak yang aku nak tulis. Banyak juga yang tidak tertulis. Cuba untuk menulis sejujur-jujurnya dengan apa yang cuba untuk diperkata. Cuba menulis dengan gaya dan cara aku sendiri. Menulis dengan jiwa yang bebas. Tidak cuba untuk menjadi orang lain. Tidak terniat menjadi manusia hipokrit.

Sisi hitam dan putih saling berganti di setiap tulisan aku. Itulah aku. Aku rasa aku tidak boleh menjadi malaikat dan tidak pula sejahat setan. Aku berada di tengah garisan untuk dinilai oleh mata dan kepala selain aku. Penilaian dan hukuman yang aku tidak dapat halang. Seperti aku tidak dapat menghalang hempasan ombak dan tiupan angin. Kalaupun ada dinding yang aku mahu bina, angin tetap akan bertiup dan berhenti bertiup sesuka alamiahnya.

Manusia lain boleh berkata-kata selagi mahu digerak mulut mereka. Aku mahu diam. Aku mahu biarkan mereka penat berkata-kata. Bila penat, mereka akan berhenti sendiri. Bila hilang lelah, mereka akan mula berkata-kata lagi. Begitulah bergilir- gilir sampai mereka ‘mampus’.( ikut ayat sarimah dalam filem madu tiga- scene last P. Ramlee dalam proses berdamai dgn 3 bininya.)

Aku mahu apa yang aku mahu. Aku kejar apa yang aku mahu kejar. Kalau sesiapa mahu ikut aku dalam adegan kejar mengejar ini, silakan. Aku malas mahu memaksa. Kerana jika memaksa, rasa (feel)itu tidak sama dengan siapa yang mahu secara sukarela. Kenapa banyak sangat aku berkias?? Kerana orang melayu itu adatnya tidak cakap lurus dan terus. Mesti susun bunga bahasa bagi cantik dan molek. Elok kalau orang paham. Kalau tidak, kerut-kerut dahi mentafsir hajat dan maksud tersirat.

Biarlah aku menjadi melayu kerana campur India campur Siam campur melayu campur Arab sama dengan melayu jugak aku ini akhirnya. Tapi aku tidak ada campuran Indon, confirm. Aku cuma Melayu yang sah ikut kanun perlembagaan.

Sekarang aku rasa dan rasa aku bercampur-campur. Fikiran aku caca marba. Aku mahu konklusi yang tenang dan menenangkan. Aku mahu kepastian.

titik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s