peringatan untuk aku dan kita part 1..


Anugerah Allah kadang-kadang penuh misteri. Tak semua yang kita nak kita dapat. Tak semua yang kita dapat kita perlukan. Sama juga bila berkait dengan hati dan perasaan.

Kita bertindak dalam keupayaan kita melaksanakan. Kita tak boleh nak paksa hati kita untuk menerima apa yang hati tidak mahukan. Tapi hati boleh di pujuk. Boleh dipupuk. Mungkin mula-mula tidak suka. Tapi lama-lama mungkin hati akan menerima.

Kadang-kadang kehendak hati mempengaruhi cara berfikir dan bertindak. Jika kita mahukan elok, maka eloklah hasilnya. Kalau kita mahukan cantik, maka cantiklah ia. Tapi bergantung jua atas keizinanNya.

Kita boleh teruskan untuk hidup pada hari ini atau memilih untuk berada dimasa lalu. Kita masih boleh teruskan bersedih memikirkan nasib yang menimpa diri atau berusaha untuk merubah apa yang bakal berlaku. Macam konsep qadak dan qadar.

Begitu juga konsep jodoh dan pertemuan. Semua itu rahsia tuhan. Bercintalah seratus tahun sekalipun tapi kalau tiada jodoh, maka itulah yang sedia tertulis. Bertemu walau sekali pandang tapi kalau sudah jodoh, disatukan jua ijab berwali.

Perjalanan hidup kita juga mempunyai keunikan masing-masing. Ada yang berliku. Ada yang smooth ja tanpa apa-apa halangan (mungkinkah?). Sebagai makhluk yang lemah lagi dhaif, kita kerap lakukan kesilapan demi kesilapan. Malah ada kesilapan yang sama walaupun tidak serupa.

Kita sifatnya mudah lupa kesilapan yang kita lakukan daripada kesilapan yang orang lain lakukan terhadap kita. Kita tidak mudah memaafkan tetapi mudah mengharapkan kemaafan. Kita selalu menyalahkan tetapi tidak mahu dipersalahkan.

Kalau kita yang tersilap langkah, apa yang penting adalah mencari jalan pembetulan dengan segera daripada kita terus-terusan merenung kesilapan sambil mencari siapa untuk dipersalah. Yang penting masalah dapat diselesaikan, konflik dapat diredakan. Macam aku cakap awalnya, kita lakukan proses pembetulan dengan kapasiti dan keupayaan kita..

bersambung…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s