terteringat kecik-kecik


Bila aku tengok budak-budak bermain kat depan umah aku ni, tetiba teringat zaman kecik-kecik aku dulu. Zaman main aci sembunyi, tuju kasut, tuju lemak, baling tin, caplom, senapang bemban dan lain-lain permainan lasak budak-budak laki. Tapi la ni budak-budak kampung aku dah tak main lagi dah semua tu. Paling kuat depa main ‘zero point’, ting-ting ngan aci ligan.. (sila search sendiri bagi mengetahui jenis permainan tersebut ya..)

Depa dah tak kenai buah cenerai buat main caplum. Hutan bemban pun dah tak dak nak buat peluru bemban. Nak main tuju lemak?? sekali kena baling ngan bola tenis pun dah nangis. Tu la budak- budak dulu ngan sekarang. Beza sangat walaupun budak masih budak kampung.

Bila time raya teringat acara membeli baju dan kasut raya. Mana tak excited, setahun sekali ja boleh pegi supermarket beli baju raya. Kalau dapat cap Kiko dan Kiki Lala tu dah cukup hebat dah la. Mana ada Osh Kosh, Padini Kids, Guess Kids, Pumpkin Patch dan lain-lain jenama mahal-mahal. Baju melayu biasanya 2 kali raya baru tukar. Kalau ada pun mak aku mesti tak mampu nak adakan. Paling aku tak leh lupa adalah kuih samperit mak aku. Tu ja aku makan dalam banyak-banyak kueh atas meja.

Dulu kat sekolah aku masuk pengakap laut. Unifom aku baju putih tangan panjang dengan seluar putih. Nak buat satu uniform tu dah berapa puluh hengget. Jadi aku pikir-pikir tak payah masuk la, masuk kadet tentera dapat uniform free. Tapi mak aku kata takpa, masuk la, nanti dia usahakan uniform. Tau apa buat?? memandangkan mak aku ni staff hospital maka depa dapat kain putih buat baju. Maka kain-kain tu la di buatnya seluar untuk aku. Cuma baju ja kena tempah. Kita save la sikit kan. Scarf dan kasut semua aku dah ada. Aku kan pengakap dari sekolah rendah sampai Universiti.. hehehe

Mak aku tak berkira bab makan. Aku selalu ikut mak aku pegi shopping time kecik-kecik dulu bila time gaji. Macam-macam makanan dia beli penuhkan peti ais kecik kami. faveret dia mesti oren botol Sunkist , buah prune dan pastinya koko crunch untuk aku. Lebihnya bayar hutang sana sini dan buat belanja kami sekolah adik beradik. Sebab tu agaknya dia tak da langsung simpanan. Mana aku tau dia takdak simpanan?? pasal aku penah tengok buku bank bumiputra dia. Balance mesti sen-sen je. Tu pun kalau boleh keluarkan pun dia keluarkan. Nasib baik jugakla dia dan arwah abah pinjam duit koperasi hospital untuk baiki rumah kami, rumah yang aku duduk skang ni. Mana la dia mampu nak beli rumah walau sebijik sekalipun.

Waktu sekolah rendah, tiap-tiap tahun mesti aku dapat hadiah time speechday. Aku tak la bijak sangat tapi rezeki kot. Satu hari tu lepas dapat gaji dia beli aku sebijik jam tangan. Kira hadiah dari mak aku la sebab dapat nombor dot dot dot… Sampai hari ni aku ingat harganya. Tiga puluh ringgit. Cap apa aku tak ingat. Tapi yang pastinya bukan swatch ke, guess ke… Waktu tu memang aku ingat jam aku la paling mahal dalam dunia… tiga puluh hengget. Gila kau.. bawak gi sekolah 50 posen, dapat jam 30 hengget..tak ke macam nak pitam seronok.

Hujan-hujan gini aku teringat mak aku. Aku rindu dia. Rindu nak borak. Rindu nak dengar dia cerita. Bila aku sedih dan buntu macam skang ni mesti dia support aku no matter how. Kalau aku termenung ngan muka toya depan TV mesti dia mai pelan-pelan kat belakang aku dan usap rambut aku. Bila dia usap rambut aku, tak tau nak gambarkan betapa releasenya perasaan. Agaknya sebab tu aku jadi sensitif sikit lately. Bila aku rindu dia mesti aku jadi sensitif. Ntah la…. Dulu kalau aku rindu, Aku boleh kol, aku boleh start keta terus boleh balik kampung. Skang aku kat kampung kalau aku rindu aku hanya boleh panjatkan doa. Move on hilang marka, hilang benda tak sama dengan move on hilang seorang ibu. Tak sama. Sangat tak sama. Pedihnya hilang ibu hanya Allah saja yang tahu.

Al fatihah.

2 thoughts on “terteringat kecik-kecik

  1. Huhuhu…
    Entry hang bt aku nangis la kawan…Huhuhu
    Aku nak ingat mak aku… ayah aku…
    Tp aku xdak memori la…kalau ada pon…cam kabur j…
    Huhuhu….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s