IKHLAS???


Aku ingat kalau kita ikhlas lakukan sesuatu, orang boleh rasa. Tapi rupa-rupanya kalau kita rasa kita ikhlas, kita kena juga tunjukkan keikhlasan tu. Sebab kalau tak tunjuk, orang tak nampak kehadiran keikhlasan dalam setiap perbuatan kita. Tapi selama ni, aku tak amik port pulak orang lain boleh rasa kalau aku ikhlas ke tidak. Sebab kalau kita ikhlas kita tak ingat dan tak mengharapkan apa-apa balasan pun kan?? Tapi tu la, aku tak tau cemana nak tunjuk. Aku harap orang boleh rasa. Tapi tak semuanya ada deria rasa tersebut.

Sebab tu aku mati-mati pikir ikhlas tak boleh nampak. Kita cuma boleh rasa. So aku harap orang lain boleh rasa keihlasan aku melakukan sesuatu. Orang kata aku silap. Zaman sekarang kita kena yakinkan orang yang kita ikhlas. Kena tunjuk, kena menunjuk-nunjuk. Tapi kalau dah sampai tahap kena bagitau dan menunjuk-nunjuk, ikhlas apa kenamanya. Tapi untuk bersangka baik, mungkin dalam hatinya juga betul2 ikhlas. Sapa tau. Cuma cara dia saja begitu, kan?

Entah le.. bagi aku, Keikhlasan itu tak boleh diukur dan tak boleh dinilai. Tidak ada mesin dan gajet yang boleh dicipta mengukur keihlasan. Kalau kita ikhlas biar Allah saja yang tahu tahap keikhlasan kita. Biar Dia yang mengukur dan Dia yang menilai. Dia maha mengetahui apa yang kita kerjakan kerana dia yang akan memberi ganjaran kebaikan kepada kita di sana nanti. Kata alim ulamak, ikhlas itu umpama seekor semut yang hitam, berjalan di atas batu yang hitam, di malam yang gelap. Tak nampak dan tak perlu di perlihatkan. Cukup Allah sebagai pemberi ganjaran. Cukup Allah sebagai penyimpan rahsia.

Maka oleh sebab kita yang selalu mempersoalkan dan menilai keikhlasan itu makanya kita selalunya tersilap. Tidak ada piawaian standard untuk kita mengukurnya. Oleh kerana itu, kita kerapkali tersilap dan tersasar menilai keihlasan orang lain. Penilaian kita hanya berdasarkan persepsi, berdasarkan luaran tanpa melihat isi dalamnya. Penilaian sebelah pihak kerapkali menjadi penilaian berat sebelah.

Tapi itulah kita. HambaNya yang penuh dengan kesilapan dan kekhilafan.

titik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s