small thing in a big world??


Aku petik kata-kata ini dari sebuah cerita dalam fb my friend:

“The small details of your lives are what really matter in a relationship. It is not the mansion, the car, property, the money in the bank. These create an environment conducive for happiness but cannot give happiness in themselves”

Kadang-kadang kita tidak perasan perkara-perkara kecil yang memberi kesan yang cukup besar dalam hidup kita sampailah satu masa ianya sudah hilang, then baru kita nak perasan. Kita kerapkali memandang sesuatu yang besar tanpa memberi perhatian kepada perkara-perkara kecil yang kita sangkakan tidak ada signifikan dalam hidup seharian kita.

Contoh yang paling mudah adalah sebuah senyuman dari orang yang kita sayang, ucapan terima kasih, ataupun sebuah panggilan telefon kepada ibu dan bapa. Mungkin ada beribu lagi contoh perkara yang kita rasa remeh walaupun sebenarnya besar maknaya kepada orang lain.

Jangan kita terlalu melihat bintang dilangit sehingga lupa peranan rumput di bumi. Ayuh kita lihat kembali susur galur perjalanan hidup kita sehingga saat ini. Apakah perkara-perkara kecil yang kita sering abaikan tapi sebenarnya tanpa perkara-perkara itu, hidup kita tidak menjadi lengkap.

Lihat dan lihatlah. Cari dan perhatikanlah. Fikir dan muhasabahlah. Lakukan sekarang jika tidak mahu menjadi terlalu terlambat. Kita perlu sentiasa diperingatkan. Kita tidak nampak sehinggalah kita disedarkan.

Dan aku.. bersyukur kerana telah disedarkan. Terima kasih Allah, terima kasih cinta.

Titik.

One thought on “small thing in a big world??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s