POKOKNYA HARUS DITEBANG


Aku mendapat ramai kawan baru pada semester ini. Ada yang dari Kedah, Perlis, dan Indonesia. Menariknya tentang bahasa melayu dan bahasa indonesia adalah mengenai persamaan dan perbezaan bahasanya. Member ni dari Padang, Indonesia. Mula-mula dia pekenal diri dari Padang, aku terbayang nasi padang ja.

Menarik tentang bahasa antara bahasa Minang dan Melayu ini banyak persamaan. Antara ialah kecek.. Kat Padang pun sebut kecek dan kat Kelantan pun sebut gitu jugak dan maknanya adalah sama. Kesian juga aku bila dia dikelas yang lecturernya tibai cakap melayu. Pinau-pinau dia nak paham. Ye la, aku ingat dah bahasa melayu, mesti la dia senang paham. Rupanya makna dan konotasinya bahasa kita dan dia berbeza.

Macam juga perkataan seronok.. Bila member2 tanya seronok belajar di Malaysia?? Dia terkejuit berok. Rupanya perkataan seronok itu maksudnya berpoya-poya dan berbuat maksiat gitu.. Mana aku tahu. Indonesia sekali habuk pun aku tak penah jejak. Pokoknya.. bahasa Malaysia dan Indonesia sama tetapi tidak serupa. Pokoknya di Malaysia harus ditebang.. dan bila dibilang ..1…2…3…4

Cukup tentang member Indon ni. Ni pasal lecturer aku yang baru ja sampai seminggu dari Leeds. Umo baru 30 tahun. Dr Chris Wylde namanya. English dia punya pekat toksah cakap la, dah tentu2 dia Englishman… tapi yang aku ketaq ialah.. ayat “i’m gonna fail you” sokmo2 dok sebut. Mangkuk arrr!!!! Baru sampai Malaysia seminggu kau dah nak failkan aku??? huh!!

Sebelum tu, puak2 UUM pi bawak dia makan durian. Hoh! amik kau.. puas sumbat nak habiskan seulas. dia tak bleh tahan rasa.. kalau bau mamat omputeh ni ok lagi… katanya la…

Time first kelas dia tanya aku mana nak dapat kopi. Aku cakap la kat cafe pun ada, kat Changlun pun banyak. Dia kata dia nak brazilian Coffee. Dia tak bleh minum kopi sini.. awful katanya. Banyak songeh la pulak!! Teh tarik pun dia komplen tak sedap.. milky, too sweet.. and not so much like Indian tea.. huh Letih!

oh btw.. UUM dah tukar sistem pengajian kepada trimester.. maknanya aku akan berada lebih lama di UUM. Kalau ikut jadual, bulan 10 dah habis. Jadi bulan 11 dah bleh masuk keja. Tapi aku perlu berada sedikit lama di UUM untuk nak setelkan thesis… semata-mata (alasan!) ha!ha!ha! Bila semua... maksud aku semua … perancangan awal tentang hidup aku telah derailed maka aku perlu rearrange kan semuanya all over again.. Cuma aku berdoa agar dikurniakan Allah sedikit kesabaran dalam memperbetulkan kembali salah dan silap aku selama ini. Aku akan cuba untuk tidak ulanginya lagi walaupun CUBA tidak cukup baik untuk aku menggambarkan kesungguhan aku. I’m not perfect and i will never be.. well.. life aren’t always treat you nicely, ait??

One thought on “POKOKNYA HARUS DITEBANG

  1. good luck…
    everything happens for reasons…🙂

    belajar bersungguh, cabar lecturer tu… biar berpinar mata dia nak cari kesalahan nak bagi fail… suka2 je nak bagi fail… dia nak bagi students usaha lebih tu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s