bingkisan dari kedai kopi..


Jam: 3.25 petang… Sabtu 10 julai 2010
Tempat: Kopitiam…. Alor Setar

Sekarang ini aku sedang memerhati hiruk pikuk manusia yang bersimpang siur dihadapan aku. Dunia manusia yang hanya memikirkan hala tuju diri sendiri. Warna warni kehidupan caca marba. Mereka tidak peduli aku disudut ini. Untuk apa mereka mahu mempeduli???

Sambil aku menghirup soya cendul dan gula melaka, aku memerhati lagi. Ada yang tua, ada yang muda. Ada yang berambut hitam ada juga yang berambut perang. Mereka hidup dalam dunia yang sama di mana aku hidup. Mereka juga memerhati sebagaimana aku memerhati . Mereka ada mata, ada hidung dan ada telinga. Mana mungkin aku menghalang apa yang mereka mahu lihat, dengar dan perkata. Untuk apa aku mahu menghalangnya???

Sambil aku menyapu kaya dan mentega, aku memerhati lagi. Melihat luaran mereka yang sama sahaja dengan aku. Mundar mandir mereka dengan gaya tersendiri. Ada yang rambutnya cacak, telinganya bertindik, bertudung, tidak bertudung, berseluar, bersepatu seperti manusia normal lain. Kata sahabat aku, sebelum kita selayaknya melihat dan menilai mereka, perlu dulu kita melihat diri kita, adakah kita layak untuk menilai mereka.

Aku?? Siapa aku untuk menilai orang lain. Biar sahaja aku diam memerhati. Dan cukup aku menilai diri sendiri. Aku sedar di mana tempatku dan aku sedar diri. Mahu menilai aku? silakan. Nilaian manusia tidak memberi kesan kepada nilaian Allah terhadap aku. .. Hanya Dia tahu apa yang aku lalui dan sedang lalui… Hanya Dia menjadi kekuatan aku kini. Allah, thank you for keeps me going…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s