“ASSALAMUALAIKUM CINTA”


Aku menghela nafas yang kosong.

Ampunkan aku Allah kerana berburuk sangka padaMU. Aku terkhilaf mentafsir perancanganMu.

Kata sahabat ” bersangka baik kepada Dia kerana Dia telah mengurniakan yang terbaik untuk kamu. Terima dan redha. Perancangan Dia sangat sempurna sehingga tak tercapai akal logika. Doa, tunggu dan lihat kurniaanNya. Kerana kamu tidak sesempurna Dia.

“Doa..dan doa.. semoga Allah berikan kekuatan semasa kekuatan kamu direntap oleh makhluk ciptaaNya. Semoga Allah berikan kekuatan untuk kamu teruskan perjalanan.”

” Doa dan doa.. semoga Dia lorongkan jalan, sewaktu kamu buntu dan keliru. Semoga dia berikan kemudahan bila dada kamu sempit dan tersepit”

” Jalan kamu masih panjang. Kenapa perlu jatuh dan terduduk bila hanya makhluk berpaling dari mu. Apakah akan terjadi kepada kamu kalau Dia pula yang berpaling dariMu??

Kata sahabat lagi ” Allah tahu apa yang kamu kerjakan. Kalau kamu mahu Dia, Dia sentiasa menginginkan kamu. Hukuman mahkluk kepada kamu tidak sepedih hukuman Dia disana nanti.

“Kamu telah insaf dan menyesal? Lafazkan kepada Dia, kerana Dia sentiasa menerima penyesalan kamu kerana Dia tahu kamu adalah manusia biasa”

Petang itu, bila aku merasakan diri ini tidak berguna, berasa terkilan bila keikhlasan dan kesungguhan dipersenda, sahabat aku berkata lagi ” Allah tahu apa yang kamu tidak tahu. Allah juga mahu kamu tahu apa yang kamu tidak tahu. Allah berikan kamu sekeping hati, sebuah kasih sayang.. Allah uji hati kamu, Allah uji kasih sayang kamu, Allah uji keikhlasan kamu”

“Allah tahu apa yang ada di dalam hati kamu. Suci atau tidak, ikhlas atau sebaliknya, Dia tahu. Dia tahu yang tersembunyi dan yang telah nyata”

“Allah uji adakah kamu berkasih sayang kerana Dia ataupun berkiblatkan dunia. Allah uji kamu dengan kesakitan dan kepedihan yang selayaknya untuk kamu tanggung”

” Dia maha mengetahui apa yang kamu sedang tanggung selama ini”

“Bila kamu telah sedar.. pastinya Kamu akan mencari pertolongan Dia”

Aku? masih terkedu. Tidak mahu hilang arah. Tidak mahu hilang tempat berpaut. Tidak tega hilang tempat berkongsi rasa.

Maafkan aku sahabat. Aku dengar nasihat kalian. Aku cuba dan aku akan terus mencuba. Walau tika ini, aku masih menipu diri sendiri.

Aku perlu duduk disini. Tempat aku disini. Aku perlu tunggu. Sampai bila? Aku tak pasti. Walau aku tahu aku tidak lagi punya banyak masa.. aku tetap akan menunggu..

“Ya Allah, apa juga takdirMu kepada aku.. bantulah hati ini menerimanya dengan redha. Tika dan waktu ini aku hanya perlu pertolongan mu. Janganlah Engkau tinggalkan aku dengan dosa melainkan engkau ampuninya dan tiada suatu aib melainkan engkau tutupinya”

Ya Allah.. aku masih menunggu. ..Aku menunggu CINTA kembali mengucap salam kerana Mu ya Rabb.

“ASSALAMUALAIKUM CINTA”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s