bila sahabat berbicara..


Petang itu sewaktu menunggu waktu berbuka puasa bersama seorang sahabat, sambil berbincang-bincang, dia berkata kepada aku..

” kata bijak pandai, tiga perkara yang sekiranya telah berlaku tidak bisa lagi di undur..

pertama: anak panah yang dilepaskan dari busur

kedua: kata-kata yang di lontarkan

ketiga: masa yang terlewatkan”

“Kalau kita tidak menjaga tiga perkara itu maka kita akan mendapat penyesalan yang tiada gunanya.”

Diam.. sunyi…

Aku menaakul tiap butiran katanya yang terpanah di ubun-ubun kepala aku…

dia berkata lagi

” Apa yang aku lalui sekarang telah tertulis sebagai jalan hidup yang harus aku jalani”

” Tidak semua manusia yang menjalani hidupnya sama dengan kita”

Kata-katanya bersambung

” Kalau kamu jatuh.. kenapa harus terus merenung kepada tangan yang membuat kamu terjatuh?? bukankah disekeliling kamu masih banyak tangan yang sedang menghulur”

“kenapa harus kamu terus-terusan berada di dalam gelap sedangkan kamu boleh menerangi orang lain”

aku: kelu.. diam dan mendengar.

Dia berkata-kata lagi ” Disekeliling kita banyak perkara-perkara yang negatif yang berlumba-lumba mahu masuk kedalam diri kita. Lebih-lebih lagi jika hati kita kosong, jiwa kita terlerai dan fikiran kita tidak berpaksi..

Jadinya, kita perlu filter.. seperti air yang keruh di filter sehingga menjadi air doktor”

Air doktor??? aku berkerut menyokong kedutan usia..

” iya.. kan doktor suruh kita banyak minum air kosong.. jadi air kosong itu adalah air doktor”

“oooooooooo…” aku mengangguk tanda di beri kefahaman baru..

dia menambah ” Bagi aku sekarang ini adalah memberi kemaafan supaya tidak ada sakit dan dendam yang bersarang di hati..

“Memberi kemaafan harus ikhlas kerana keihlasan itu akan terbit cahayanya di muka”

aku berfikir-fikir lagi..

Sang sahabat menguatkan hujah

” Tetapi seharusnya kalau orang itu telah mengaku akan kesalahannya.. maka jangan kita pula menjadikan pengakuannya itu sebagai senjata ataupun kekuatan untuk kita menjatuhkannya apatah lagi menghukum dia..”

Ada tanda soal besar di atas kepala aku..dan bertanya

“Seharusnya apa perlu kita mengaku salah, kerana jika kita mengaku maka semakin berat kita dihukum?? ”

“Apa perlu berlaku jujur jika kejujuran itu menikam kita kembali??”

sahabat aku membebel lagi

” zaki, berapa kali aku nak bagitahu.. kita ini manusia biasa.. kita kerap melakukan kesalahan.. tapi mereka juga manusia biasa… tidak mungkin mereka sama seperti kita’

” yang kita bicarakan adalah kita.. kalau kita sifatnya memaafkan, orang lain belum tentunya.. jangan anggap orang lain sama macam kita”

Aku bertanya

” Kalau kesalahan aku kepada manusia, dan manusia itu tidak mahu memafkan bagaimana pula nasibku bila mengadap tuhanku ”

sahabat menjawab

” Kalau manusia itu tidak memaafkan setelah kamu memohon maaf maka halakan pengharapan maaf mu itu kepada Tuhanmu. Moga-moga Dia akan melorongkan hati mereka itu menerima kemaafan dari kamu ”

” Cumanya zaki, kamu harus bersabar, kerana aku tahu manusia itu selalunya tidak sabar dalam berkehendakkan sesuatu dari tuhannya ”

Aku diam..Mungkin ada benarnya aku tidak cukup sabar

Kata sahabatku lagi

“Kita hari ini adalah kerana kita pernah berada pada hari semalam. Buruk baik semalamlah menjadikan kita hari ini.. pastinya aku tidak senang-senang melupakan hari semalam bila aku beroleh kebahgiaan pada hari ini”

” Pastinya aku harus segera bangun. Harus cepat tersedar. Harus tahu apa yang aku mahu. Hala mana yang patut aku tuju”

Sahabat.. terima kasih atas pandangan.

Aku tahu apa yang aku mahukan. Aku cuma mahu kesempatan, yang telah terlewatkan… kerana aku sememangnya tidak mampu untuk memutar waktu…

titik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s