bila sahabat berbicara – part 2


Pada suatu petang yang redup.. selepas hujan lebat di bumi Sintok..

Dalam sejuk beku aircond Perpustakaan Sultanah Bahiyah…

Aku mengeluh..

Aku mengeluh yang aku sudah tidak banyak masa.. Setiap hari aku semakin meingkat usianya. Masa sentiasa mendahului aku.

Tiba-tiba satu suara menerjah gegendang telingaku

” Siapa kata kamu tidak punya masa?? Dik, hanya kita yang selalu membataskan waktu… waktu tidak pernah membataskan kita”

” kerana itu Allah mengingatkan kita tentang waktu dalam surah Al Ashr”

” kalau kita sering terleka dek waktu maka kita akan sentiasa berada di dalam kerugian. Untuk itu jangan terlalu fikirkan waktu yang telah berlalu, fikirkan pengisian waktu dikesempatan yang diberikan ini ”

Bila aku lelah dan berputus asa.. sahabat ini mengingatkan aku dengan ayat Allah…

Katakanlah, “Wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sungguh, Dialah yang Maha Pengampun, Maha Penyayang” -QS Az-zumar 39:53

Aku kelu..

Bila aku berbicara soal hati..

Dia berkata

” Hati ini sifatnya unik. Boleh jadi pada suatu waktu, ianya lembut dan mudah tersentuh.. Suatu waktu lain pula ia bisa menjadi keras malah lebih keras dari pejalnya batu”

” Jika hati sudah suka, ia akan menerima dengan penuh keihlasan dan kesungguhan ”

“Jangan hati dipaksa.. Kerana mahu di buka dan ditutupi hati itu kerjanya Allah”

Aku kusyuk mendengar..

Dia menambah..

” Mahu diberi hidayah juga melalui hati.. mahu di tarik Allah hidayah juga melalui hati ”

” Kalau ada yang memberi hatinya kepada kamu, maka kamu perlu jaga dan belai ia.. kerana semasa diberi hatinya itu, sifatnya hati ketika itu lembut dan mulus..”

“Memang sukar menjaganya kerana sifatnya yang rapuh dan mudah pecah”

aku diam…

Dia menambah

” Kalau direntap kembali pemberian itu maka ketika itu fitrah hatinya telah bertukar. Jadinya, hati itu menjadi keras, rosak dan tercalar”

“Jadi bagaimana mahu di rawat hati yang tercalar itu? Aku bertanya..

Dia berkata

“Pertama kamu harus memohon maaf kepada hati yang kamu sakiti”

” kedua kamu harus memaafkan orang yang menyakiti hati mu”

” Ketiga kamu harus hiasai hati kamu dengan selalu mengingatiNya”

“Keempat kamu panjatkan doa supaya Allah kurniakan kamu kembali sekeping hati yang suci buat kamu,

dan ketika itu sahabat, kamu harus sentiasa menjaga kurniaanNya yang sekali ini..”

“Sekiranya kamu inginkan sekeping hati yang suci maka hati kamu juga perlu disucikan”

Aku melepaskan nafas panjang. Pada waktu itu… ada manik-manik jernih yang jatuh dipelipis..

Cepat-cepat aku palingkan muka ke arah jendela. Alangkah jahilnya aku bila aku dibicarakan soal hati.

Sahabat menambah

” Hati dan perasaan itu tidak boleh di paksa-paksa. Kalau tertulis hati kamu terbuka untuk dia maka begitulah tertulisnya. Tapi jika hati dia bukan untuk kamu… itu juga yang telah tertulis olehNya.

“Kamu harus redha… walaupun aku tahu ia pedih untuk kamu”

“.. walau aku tahu kamu sangat bersedih..”

“Hanya Allah sahaja yang bisa merobah hati seorang manusia.. jadi jika kau telah berusaha, kenapa tidak engkau serahkan urusan itu kepada Allah”

Aku melihat dia dengan senyuman pahit dan aku mengangguk.

Aku menghela nafas. Baiklah.. aku tidak mahu lagi memaksa. Aku harus redha. Walau aku tahu dalam hati aku hanya ada dia…

“Ya Allah, anugerahkan aku kembali sekeping hati yang tulus buat bekalan aku menyempurnakan sebahagian dari agamaMu. dan menjadi sebahagian dari umat kekasihMu.. ”

Pada waktu ini, sewaktu aku perlukan rimbunan tempat berteduh, semasa aku perlukan kekuatan untuk menongkah hari., semasa aku perlukan seseorang menyuluh jalan.. sewaktu aku kehilangan arah..

Engkau kirimkan dia kepada aku, seorang yang bernama sahabat. Terima kasih Allah.

~~~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s