Pelajaran hidup


dulu sewaktu di sekolah aku pernah di hukum kerana melakukan kesalahan. Hukuman rotan sampai berbirat bontot aku. Seminggu tak hilang-hilang. Dan kerana itu aku belajar bahawa kadang-kadang hukuman itu harus berat untuk memberi aku pelajaran dan pengajaran.

Pada waktu itu aku sangat marah kat cikgu tu. Tapi sekarang aku boleh tersenyum dan ketawa melihat kembali masa silam aku. Makanya kerana aku dirotan itu, aku boleh menjadi manusia seperti hari ini.

Memanusiakan manusia itu bukanlah suatu tugas yang mudah. Kadang-kadang perlu diberi pelajaran dan pengajaran yang berat untuk menyedarkan mereka tentang kesilapan yang telah mereka lakukan. Kesakitan yang sebentar pada hari itu akhirnya membawa perubahan yang besar dalam hidup aku.

Akhirnya cikgu-cikgu selepasnya tidak lagi susah untuk mendidik aku kerana kenakalan aku semakin berkurang semenjak itu. Harus juga aku berterima kasih kepada cikgu tersebut kerana hukuman yang keras seperti itu berjaya mengubah aku untuk menjadi yang lebih baik.

Aku percaya, kerana aku disayangi mereka, maka aku dihukum. Mereka mahu membentuk aku menjadi manusia yang lebih manusia. Pada hari ini mereka boleh berbangga dengan sumbangan mereka kepada aku, walaupun tidak sekelumitpun mereka ingin berkongsi apa yang aku capai pada hari ini.

Akhirnya aku percaya kadangkala kita perlu kepada sebuah hukuman yang berat untuk benar-benar menyedarkan kita, kan?? Lalu, aku kini menjadi manusia semula..Alhamdulillah..

One thought on “Pelajaran hidup

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s