depositori hati


Telefon bimbitku berdering. Huh! sudah lama ia tidak membunyikan suara lemak merdunya. Deringannya manja itu sememangnya telah lenyap sepurnama yang lalu.

Dalam detik berbicara yang berlangsung delapan minit itu. Lalu berkata-kata sang makhluk Allah itu di cuping telingaku. nyaring desible suara itu boleh mencairkan taik telinga aku.,,,

Katanya begini;

“Bak sini sebahagian hati kamu yang masih elok aku simpankan. Kalau dibiarkan ada dengan kau, boleh rosak semuanya.”

” Sudahlah sebahagian yang dipulangkan tu sudah rosak teruk”

“Kalau sedikit bahagian yang tertinggal ini pun rosak, mana mampu lagi kau nak berikan hati kau semula pada siapa-siapa lagi selepas ini. Kasihan perempuan itu nanti, sudahla hati kau tinggal separuh, dibagi pula yang telah rosak”

“Aku simpan dulu,,sampai masanya yang sesuai nanti aku pulangkan balik dan kau berikan ia kepada yang lebih berhak”

aku?? ketawa.. geleng kepala. Terhibur.

Cemana la dia boleh terfikir ayat-ayat ni. Haih… adaaaaa je dia nak merepek.

Pastinya aku bersyukur kerana masih ada yang mahu beriringan, semasa rasa itu dibiarkan bergelandangan dan hampir mati.

titik!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s