taakulan kamu dan masa lalu,,,


Aku tinggalkan kamu dengan beberapa persoalan untuk mencuit penaakulan kamu.;

Kalau kamu mahu masa lalu kamu diterima seadanya.. kenapa pula kamu enggan menerima masa lalu orang lain seadanya.

Kalau kamu telah mencanang bahawa kamu telahpun membaiki diri, kenapa kamu enggan terima hakikat bahawa diri orang lain juga telahpun diperbaiki.

Kalau kamu enak berbicara disamping nama Allah kenapa orang lain perlu menjadi begitu kerdil untuk melafazkan nama Allah Azza Wajalla,,,

Kalau kamu boleh diterima seadanya oleh dia dan keluarganya walau mereka tahu kamu ada masa lalu, kenapa kamu dan keluargamu gagal menerima yang orang lain juga punya masa lalu mereka sendiri,,,

Kalau dia dan keluarganya boleh menerima kesilapan lalu kamu kenapa kamu dan keluargamu gagal untuk menerima hakikat orang lain punya kesilapan lalu juga,,

Kalau mereka tidak lagi mengungkit masa lalu kamu dan menganggap manusia itu boleh berubah dan dibentuk kenapa masa lalu orang lain perlu kamu ungkit dan kamu percaya pula orang lain tidak mungkin akan berubah,,,

Hitam atau putihnya masa lalu, yang pastinya ianya telahpun berlalu. Jangan terlalu pantas kita menghukum orang lain tanpa melihat apa yang dihukum itu sebenarnya tereflek kepada diri sendiri atau tidak,,,

kawan,,

Jangan kamu merasa diri kamu terlalu bersih sehingga memandang orang lain begitu kotor dan berdebu kerana tangan kamu juga masih berlumur dosa,,

Tidak ada manusia yang tidak pernah berbuat dosa,,,

Tidak ada manusia yang sempurna,,

Tebuslah dosa-dosa kamu dengan wa taubatan Nasuha.. kerana itulah jalan terbaik membersihkan masa lalu kamu,,,

titik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s