Nilai sekeping matawang ringgit Malaysia


Aku melihat dia dari dalam jendela wira hitamku. Dalam hujan ringan itu, aku lihat dia mengais-ngais daun pokok yang gugur itu dilonggokkan setempat sebelum di sumbat ke dalam plastik hitam. Itu kerjanya setiap hari. Menyapu dan membersihkan longkang adalah tugas hakiki beliau. Walau hujan sekalipun, langsung dia tidak mencuri tulang. Hujan bukan alasan dia untuk tidak mendambakan rezeki yang halal.

Sementara menunggu ‘ not my other half to be‘ mengutip pakaiannya yang lencun ditimpa hujan lebat diampaian, aku berbual-bual dengan wanita itu. Sedikit-sedikit aku mengutip cerita tentang dia, keluarganya malah di mana letaknya teratak teduhannya. Aku lihat pada wajah tua itu ada kekuatan yang tidak bisa aku ungkapkan dengan kata-kata.

Hari itu rupa-rupanya tuhan mahu mengajarkan aku sesuatu. Tuhan mahu mengajar aku tentang apa yang aku tidak pernah pandang walaupun selalu aku lihat. Tuhan mahu aku melihat dengan mata hati. Tuhan mahu aku bersyukur dengan apa yang telah diberikanNya kepada aku.

Dia juga mahu aku melihat suasana yang telah lama aku lupakan. Melihat penerimaan tanpa syarat. Melihat apa makna syukur dalam diri manusia yang benar-benar ikhlas bersuyukur.

Sekeping matawang ringgit malaysia telah membuka mata aku, betapa nilai wang itu dinilai berbeza-beza antara manusia. Nilai yang sama hanya untuk aku habiskan dalam sehari tetapi boleh menampung seminggu belanja untuk orang lain. Nilai hanya untuk lunch berdua di Sushi King atau Kenny Rogers, tetapi mampu untuk mengisi perut satu keluarga kepada insan lain.

Dalam rintik-rintik hujan petang, aku saksikan peristiwa itu. Suasana yang sangat asing bagi aku. Suasana yang aku fikirkan tidak lagi wujud di sekitar olak hidupku. Ekspresi muka dan tingkah spontan itu sewaktu menyambut ‘isi tangan’, membuatkan aku tersentuh. Aku terkedu bila air mata ibu tua itu mengalir. Aku terharu kerana ada doa untuk aku dari seorang yang asing yang tidak pernah aku kenal sebelum ini. Disebalik wajah tenang itu, ada derita yang terselindung.

Memang benar kata ibu dulu. Kita boleh lihat tahap kesyukuran orang yang memerlukan dengan orang yang tidak perlu. Kita boleh lihat bagaimana mereka berterima kasih kepada Allah. Lalu aku lihat diri sendiri, betapa aku selalu gagal bersyukur dengan kurnianNya.

Ya Allah, walaupun aku tidak mewah, tetapi engkau telah cukupkan rezeki aku. Namun aku masih juga merasa tidak cukup. Malah aku minta lagi supaya Engkau tambahkan. Tetapi petang ini Engkau perlihatkan aku makna rezekiMu.

Peristiwa itu membuatkan aku insaf bahawa, LV, Bonia, Gucci, Todd, AX, GA, Cartier dll, yang menyaluti tubuh badan kita, duit berkepuk dalam wallet, kereta mewah, rumah besar, tidak mampu untuk memanusiakan manusia…

Tanpa itu semua, manusia masih boleh lagi menjadi hamba yang lebih ‘kelas’ disisiNya.

dan aku,, tinggalkan wanita tua itu bersama gerimis petang,,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s