dik..dik… eh ye ke..


Lokasi: Disatu tempat di UUM Sintok
Masa: Lepas maghrib (Pukul 8 lebih2 kot)
Aktiviti: Lepak-lepak ambil angin sambil layan blues

Sinopsis dan dialog:

Aku melepak di suatu tempat. Melihat budak-budak student training taekwando. Aku duduk di atas satu antara banyak-banyak kerusi di sudut itu. Berhampiran aku masih ramai yang baru sampai. Baru menyarung uniform. Baru warm up.

Berdekatan kerusi aku duduk ada seorang ( dua orang sebenarnya) student perempuan yang tengah warm up. Jadi aku pun yang ramah tamah ni kan, senyum dan menyapa dia (bukan nak menggatal ya-takdak niat pun). Aku tertarik nak sapa pasal budak ni badan dia agak berisi (cakap gemuk kang over lak) tapi aktif bersukan.

Aku dengan selambanya tegor;

“Ramai ke training malam kat sini dik?”

tetiba ja dia paling kat aku dengan muka konfius..

“Dik?” satu soalan di halanya kat aku dengan muka macam tak puas hati

“ya kenapa, nak saya panggil kak ke?” aku pulangkan soalan

” tak la, dah lama orang tak panggil saya dik, pasal kat sini saya yang paling tua” jelasnya..

“Oh ok” kata aku di dalam hati.

Mana la tau kot-kot dia ingat aku nak mengorat dia ka. Sekali dia karate aku tak ke naya. Dah la budak ni black belt.

Bila agaknya dia tengok pulak muka aku macam takda perasaan, dia sambung explain

” saya masuk pakai diploma, so dah biasa jadi kakak” beria-ria dia nak cerita. Ramah pulak dah budak ni.

Aku.. “oooooo”

” Tahun berapa dah? aku tanya.

Sambil-sambil dia strecting dia jawab ” final year, bulan 2 ni habis la”

ooo… dah senior, patut la cam pelik kalau orang panggil di adik.

then aku cakap, “kalau gitu betul la saya boleh panggil awak adik”

“Umur awak berapa?” Awak??? huh.. di “awak” nya aku.. siap selamba pulak dia tanya umur aku..

aku tanya balik, “umur adik berapa?”

Sekali dia jawab “saya lahir 1986, tapi malu nak cakap umur berapa, terasa tua, kalau cakap tahun tak la rasa sangat”.

hoh! budak lagi… hahahah… Aku ni pehalnya..terasa diri laaaagi la tua,, bila budak umur 24 rasa diri dia tua… hadoi!

“saya lahir tahun 79” Aku menjawab persoalan adik ni yang tadinya

Tapikan,, part yang paling seronok ialah adik ni kata,,

“Eh ye ke?? Minta maafla, saya ingat abang.. errr encik… (hampeh! tetiba terus encik) ni lebih muda dari saya,,

Dia tanya aku Staff ke student

aku jawab la student lagi… (student tua)

“1st degree??” Dia tanya lagi

“Tak,, master” aku jawab

“Minta maaf la sekali lagi… tapi serius saya ingat abang ni lagi muda dari saya..

“That’s why saya pelik abang panggil saya dik,,”

Ye la tu dik oi… ayat nak cover malu ke,,

“Serius ni bang,,,” bersungguh dia bagitau

Aku???.. kembang-kembang semangkuk dan tiba-tiba feeling-feeling muda..

Alaaa,,, bukan selalu pun leh perasan diri sendiri camni… kasi la chance..

mihahahaha..

Aku pun berjalan balik ke Mall dengan tersengih-sengih……

~~~~~

p/s: JD: hang jeles dak ??? muhahahaha

8 thoughts on “dik..dik… eh ye ke..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s