illusif sebuah fatamorgana


Manusia yang berjiwa besar adalah mereka yang selalu berlapang dada dengan cabaran dan dugaan datang. Kuat untuk menerima apa juga yang menghalang dengan hati yang tenang. Bersabar dengan ujian dariNya.

Orang yang berjiwa besar juga mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku untuk dijadikan pedoman dan pengajaran bagi tujuan menjalani kehidupan sekarang dan masa depan.

Kerana, sesesal manapun kita kepada hari semalam, ia tidak mungkin mengubah apa-apa yang telah pun sedia terjadi.

Pada sesetengah orang, menyalahkan orang lain adalah satu jalan keluar yang paling mudah. Thing happen for a reason. Menunding jari kepada sebelah pihak adalah suatu penakulan yang tidak analitik.

Kerana kita ini tidak analitikal maka kita sering take side; suatu perlakuan kerana adanya kecenderungan ikatan emosi (emotional attachment). Maka tindakan kita sering dipengaruhi akal yang separa rasional; separa lagi didukung emosi dan nafsu.

Aku mahu jadi manusia berjiwa besar. Aku tidak mahu hari semalam menggagalkan aku untuk membina suatu masa depan yang lebih baik. Aku tidak mahu separuh jiwaku dipermainkan oleh emosi yang sia-sia.

Cubaan untuk menggagalkan perancangan hidup aku tidak akan berjaya. Aku yakin. Hujanan busur fitnah dan bobrokan penjenayah jiwa tidak pernah melunturkan semangat bushido yang tersemat dibelikat tubuhku.

Disuatu masa, kanvas kebenaran akan terpamer untuk ditonton khalayak. Nah, waktu itu kamu nilaikan sendiri artistik seni kebenaran dan kemunafikan.

nanti kamu akan lihat sendiri titik-titik kecil yang sengaja diperbesarkan . Kamu akan lihat lipatan maksud yang tersirat.

Seperti kata rakanku. Hanya yang memerhati akan melihat. Yang kecil tidak bisa menutup yang besar. Walaupun yang kecil itu diperbesar-besarkan.

Tunggu… dan kamu akan lihat,,, bila sampai waktunya nanti. Apa maknanya illusif sebuah fatamorgana.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s