berjalan di atas jalan itu..


Ketentuan Allah ini unik. Bila kita tidak ada, kita meminta kepadanya untuk diadakan. Nah, Dia telah adakan. Tetapi Dia masih mahu juga kita tidak lupa kepadaNya bila sudah tercapai apa yang dihajati. Diberi pula ujian. Lalu bila kita buntu untuk menemui jawapan, kita kembali lagi kepada Dia. Itu tandanya Dia sayang pada kita. Dia tidak mahu kita leka dengan apa yang diberikan pada Kita.

Diberikan kita seperti yang kita minta. Diberikan kita anugerah yang terbaik. Sudah tersifat Dia yang Maha Pemurah, diberikan kita lebih dari yang kita minta. Kita minta satu diberikan kita dua.

Lalu, diuji kita untuk membuat pilihan. Dibukakan kita jalan. Tinggal kita memilih arah mana patut kita tuju. Pilihan ditangan kita. Namun, kita masih takut untuk memilih. Khuatir pilihan kita salah. Takut dengan ketidakpastian. Lantas, bagaimana boleh memula langkah kalau tidak ada kepastian memilih arah???

Ketakutan atas ketidakpastian itu adalah normal. Walau jalan itu terang benderang, kita masih was-was dan tidak yakin. Kita bimbang jika ada duri dipertengahan jalan. Kita khuatir kalau ada lubang yang tidak terlihat. Kebimbangan akan membuatkan kita lebih berhati-hati. Itu semua lumrah sebuah perjalanan.

Ayuhlah wahai kawan, mulakanlah langkahmu. Aku yakin, kelengkapan yang engkau telah sediakan mencukupi sebagai bekalan kamu mengatur langkah. Perancanganmu telah rapi. Kalau tidak dimula, tidak tahu bagaimana rasanya. Ya, memang benar, tidak ada jaminan kepastian diatas setiap atur langkahmu, tetapi sekurang-kurangnya kamu berani melangkah menempuhi cabaran. Kita tawakal. Kita tekad. Kita bulatkan hati. Kita serah diri kita kepada Dia. Berundur sebelum berjuang itu pengecut namanya.

Apa yang penting, keberanian dan keikhlasan harus beriringan. Belajar untuk menerima tanpa syarat. Kalau ada darah yang mengalir kelak, itulah bukti titisan perjuangan atas nama memburu kebahgiaan.

Pada masa yang sama, kita harus menikmati setiap detik yang kita lalui sekarang ini sebaik mungkin. Usah terlampau di risaukan hari esok yang ntah bagaimana ketentuannya. Ayuh kita berjalan di atas jaluran yang telah diaturkan Dia. Apa yang kita nikmati hari ini adalah selayaknya. Kita diberikan Allah setakat mana usaha kita. Tidak lebih dan tidak kurang. Siapa lagi Raja yang lebih adil selain Dia??? Siapa yang lebih baik penentu selain Dia?? Dia lebih tahu apa yang kita tidak tahu.,,,

Allah sayang kamu, kerana itu dia sentiasa menguji kamu. Kamu harus bersabar. Aku sentiasa disini jika kamu perlu pertolongan. Selagi ada kudrat, aku akan sentiasa menyokong kamu

5 thoughts on “berjalan di atas jalan itu..

  1. Ki, terima kasih di atas entry ini..sangat terharu. Dan maaf, entry ini telah dicedok untuk dipublish di blog sy. Sy tahu kamu sentiasa ada untuk bantu saya. Dan seperti kamu, selagi ada kudrat..sy akn sentiasa sokong kamu. Doakan yang terbaik utk sy supaya sy dapat terus berjalan di atas jalan itu. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala rahsia yang telah diaturkanNya…Allahuakbar..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s