kereta sapa nih???


Malam ni aku dinner ngan dua orang sahabat aku, international student. Beria benar dia nak belanja aku makan. Memandangkan rezeki jangan ditolak maka aku pun setuju dengan undangan beliau.

Kitaorang ingat nak bawak pi makan seafood ka, atau Malaysian food, tapi mamat ni mengidam spagetti Secret Recipe. So kami trus ke Jitra. Habis ja dinner aku trus balik ke UUM.

Yang aku nak cerita ni bukan pasal dinner, tapi pasal peristiwa aku ditahan Pak guard tadi. Aku ni dari sem satu lagi memang tak amik stiker. Alah stiker 3 hengget ja. Tapi aku malas gila nak pi pejabat Keselamatn ni. So seperti biasa aku masuk keluar UUM tanpa sticker. Tak penah lak aku kena tahan hatta time operasi sekalipun.

Agaknya sebab malam ni aku masuk UUM agak lewat, dan disebelah aku ada seseorang yang “ehem! ehem!” maka Pak Guard tu pun tahan keta aku.

Aku paham, Pak Guard tu cuma menjalankan tugas beliau dengan penuh dedikasi. Berikut adalah ayat beliau.

“Student ke staff??

“Student encik” aku menjawab dengan muka seposen,,

Dengan muka yang sedikit kerek dia tanya lagi,,

“Kalau student mana sticker?? Ni duk kolej mana? ni KERETA SIAPA ni??”

Huh! bertalu-talu soklan kat aku. Satu-satu la Encik Pak Guard oi soklannya kalau ye pun nak bertanya.

dengan kontrol machonya aku jawab,

“Sticker tak sempat ambil lagi Encik, saya out campus, tak stay dalam, saya STUDENT MASTER dan INI KERETA SAYA”

Dengan muka konpius dipandangnya aku. Dia macam tak caya je keta aku. Before tu dia belek stiker kat cemin depan aku tu. Ada la stiker2 tempat keja lama aku yang belum aku tanggalkan lagi…

“Yang ni?” Ditanya passenger aku..

“Student master jugak, Kolej Maybank”

“Ok” jawab pak guard dan suruh kami jalan,,

Tergelak-gelak aku sekejap. Lama dah aku tak pernah kena tahan dek Pak Guard kat gate. Bila sekali-sekala kena tahan, terasa sangatlah student sikit. Yang aku kelakar tu dia tanya keta buruk aku ni sapa punya keta…muhahahaha.

Nampak sangat ke aku tak mampu lagi nak beli keta… atau Dalam erti kata lain, muka aku nampak muda kot untuk beli keta seburuk ini… mihahahaha. Aku tau, statement syok sendiri aku ini akan terus dicemburui oleh cik JD seadanya…. mihahahaha. Jangan jeles ya JD…. Well… lets us cherish every moment that we have.

Btw, thank you Abu Baker Alshibane, a friend of mine from Libya, for the treat tonite… Syukran Jazilan…

7 thoughts on “kereta sapa nih???

  1. Oi kembaq…. Entry… Kalau x bg aku jeles… X sah…. Takpa2 aku akan berusaha lebih keras untuk kelihatan SEDIKIT LEBIH MUDA dr ko…. Ngeh2.. Caiyok2 JD….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s