wrong and right; satu kajian kes…


Ada orang pernah berkata, ” you’ll never find the right one if you don’t let go the wrong one“. Jadi petang itu aku bertanya pada alam sekeliling. Aku bertanya pada diri sendiri. Bagaimana aku mahu pastikan apa yang aku lepaskan itu adalah yang salah, dan apa yang aku dapatkan sekarang ini adalah sesuatu yang betul. Apa pula indicator dan dimensi khusus yang dapat menguatkan premis keyakinan ini agar ia tidak menjadi sebuah hujah falasi. Bagaimana kalau hipotesis ini salah

Maka, Aku fikir satu kajian secara saintifik harus dilakukan bagi mengetahui signifikan terhadap pernyataan tersebut. Melihat tahap kebenaran pembolehubah bersandar dan bebas dengan membuktikan samada terdapat perkaitan dan perbezaan diantara keduanya. Aku mencari penyataan masalah. Aku harus juga menterjemahkan ia secara konseptual sebelum aku mengemukakan sebarang kerangka teoritikal.

Aduh,,, Aku pusing. Kerana untuk membuktikan yang dilepaskan itu sesuatu yang salah dan yang didapati itu sesuatu yang betul memerlukan kajian explanatory. Sumber sekunder yang amat sukar diperolehi. Kerana bukan mudah untuk mencari responden yang sukarela untuk di analisa secara kualitatif. Tidak ada sisihan piawai, tidak ada min dan mode.

Hipotesis ini pula perlu dibuktikan secara empirikal. Namun, pembuktian secara empirikal memerlukan jangkamasa yang panjang. Aku tidak diberikan masa sepanjang itu. Mencari ulasan karya untuk tajuk ini sahaja separuh mati. Apatah lagi aku mahu memulakan kajian.

Oleh kerana masa begitu suntuk, maka aku biarkan persoalan ini dibuktikan saja secara semulajadi. Kerana aku tidak pasti secara pasti mana satu yang salah dan mana satu yang betul. Boleh jadi yang betul hari ini akan jadi salah esok harinya dan yang salah pada hari ini menjadi betul kemudiannya. Aku tidak boleh terlalu sombong dan mendabik dada. Ini persoalan masa dan masadepan.

Dunia ini bulat,,, jangan terlalu yakin kawan…

oh.. btw entry ini adalah kesan sampingan akibat membaca jernel terlalu lama… mereng!!!

Titik.

3 thoughts on “wrong and right; satu kajian kes…

  1. mencintai tak semestinya memiliki…

    some things, are better left unsaid. we just have to let go, and leave. and should never turn back. never. ever.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s