Ramadahan pertama tanpa mama


Ini tahun pertama aku menyambut puasa tanpa mama di meja makan sewaktu berbuka. Memang terasa begitu janggal. Terasa ada sesuatu yang tidak lengkap. Dulu, kalau aku berbuka di kampung, mama la yang paling ceria. Maklumlah, anak bongsu kesayangan dia balik kampung😉 … tetttttttttt. Berselera dia makan.

Dia suka gulai ikan dengan sambal tumis. Kalau ada ikan bakar dengan air asam, lagi laju dia makan. Kalau tiba-tiba kurang sikit selera dia haritu, tau la aku, ada la masakan kakak aku yang tak kena pada tekak dia. Susah juga nak jaga selera orang sakit ni. Kemahuan mereka tinggi, tapi kemampuan daya tahan kurang.

Biasanya petang-petang mama akan lepak kat pintu depan, atas wheelchair dia sambil tengok budak-budak main. Biasanya juga petang-petang aku akan bawak budak-budak ni pegi pasar ramadahan, asalkan dorang puasa penuh. Nanti mama mesti pesan apa yang dia terasa nak makan. Mama suka kuih tepung talam dan seri muka.

Malam-malam lepas berbuka, mama mesti pekena kopi kaw home made dia tu. Mama hanya minum kopi goreng sendiri kat rumah, blend sendiri dan bancuh pun sendiri (of course la kakak aku yang gorengkan). Kopi dia pun tak bertapis. Tapi kalau aku minum kopi rumah (nama yang mama bagi sebab home made), aku mesti nak ditapis. Kakak aku yang number 2 tu dah tau taste aku cemana. Berapa sudu gula aku minum. Almost perfect brew.

Time-time nak berbuka menjadi kewajipan aku untuk tolak wheelchair mama berbuka dari ruang tamu ke dapur. Dapur aku ni sedikit tinggi. Jadi kami buat satu laluan kayu ala-ala disable punya laluan. Mama selalu mengeluh, kesiankan kami yang terpaksa tolak dia naik ke dapur. Tapi aku tak kisah pun. Tak terlintas nak kisah pun sebenarnya.

Bila nak dekat-dekat raya, dia la yang paling sibuk bagi duit suh beli baju raya kat cucu-cucu dia. Anak arwah abang aku la yang dia paling risaukan. Nanti kakak-kakak aku “diarahkan” untuk membeli baju untuk semua cucu-cucu dia. Aku selalu cakap ” eh.. baju kat cucu-cucu sibuk nak beli, baju kat anak lelaki sorang ni tak nak beli plak.”. Permintaan yang selalu mendapat maklumbalas negatif dari mama ” banyak cantik.. patut dia la belikan baju untuk mama dia”

Tersengih-sengih aku bila ingat semua ni. Baju raya mama sangat simple. Baju kedah dan kain batik. Kain batik yang aku beli pun banyak lagi yang dia tak terpakai. Sayang nak pakai kata mama. . Lagi satu peel mama, dia sangat sayang kat kakak sulung dia. Ye la, itu je yang tinggal dari sepuluh adik beradik mama. Kalau aku beli kain batik ke atau apa-apa je la, kalau ada extra mesti dia akan bagi kat kakak dia satu.

Tahun lepas Allah bagi aku peluang aku bersama-sama mama menyambut ramadhan. Kali terakhir aku menyambut seluruh Ramadahan bersama mama. Tahun ni semua tu sudah jadi sejarah. Sudah tinggal kenangan. Dan yang pastinya, Ramadhan-Ramadhan yang akan datang tetap akan sama tanpa mama disisi. Kepada kamu yang masih ada mama, ibu, mak, umi, mek dan apa-apa juga nama panggilan yang sewaktu dengannya, hargailah mereka sementara masih ada darah yang mengalir di urat nadi mereka. Sesungguhnya syurga kita dibawah tapak kaki mereka.

2 thoughts on “Ramadahan pertama tanpa mama

  1. Entry hang kalau pasai mak….Mesti bt aku berlinang ayaq mata… Hang ok jugak la ada kenangan…Aku nih… Langsung xdak…lg sedih wei…
    So banyak2 bersabaq na….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s