sticker kereta dan buka puasa


Assalamualaikum w.b.t

Setelah diperkenankan oleh Dekan Pembangunan Pelajar dan Jabatan Keselamatan Universiti Utara Malaysia maka dengan ini saya dengan sukacitanya mengisytiharkan kereta saya telah mempunyai stiker post graduate student bernombor 18/2010. Maka petang tadi, dia dengan rasminya telah menempekkan stiker itu dicermin kereta aku. Oleh yang demikian maka aku bolehlah eksyen dengan Pak Guard sebab selalu sangat nak tahan keta aku, nak-nak kalau dia ada kat sebelah. Lepas ni bolehlah kita lalu gate UUM dengan amannya… kan???

~~~~~

Petang tadi aku berbuka bersama-sama adik-adik seperguruan di Napoh. Lama sangat aku tak singgah makan kat gelas besaq ni. Tempat dia sebelah je dengan joe cendol pulut. Ternyata, makanan kat sini dah tak sebest aku 1st degree dulu. Service pun macam hampeh. Patutlah tak ramai orang berbuka kat situ.

Lepas berbuka dan bermaghrib, kami berdiskusi pasal beberapa topik yang sangkut paut dengan kelas dan pelajaran. Lepas satu topik ke satu topik. Last sekali topik pasal kawin. Salah sorang dari ahli berbuka ni akan berkahwin early next year. Short engagement then terus kenduri. Alhamdulillah.

Tapi, dalam banyak-banyak cerita yang terkeluar petang tadi, ada satu yang menarik perhatian aku. Dia cakap, sapa tak bersyukur akan berkahwin. Ye la, aku pun pikir sapa yang tak bersyukur, nak-nak perempuan yang umur hampir mencecah 3 series. Tapi ada beberapa perkara yang terkesan dihati aku.

Dia nervous bila semakin dekat tarikh keramat itu. Bukan nerveous nak akad nikah or nak kenduri bagai tapi dia nervous pasal;

Pertama, dia berfikir adakah dia benar-benar layak untuk bergelar isteri dan ibu setakat ilmu yang dia ada.

Kedua, adakah dia benar-benar mampu untuk menjaga kehormatan diri, maruah suami dan adjust dengan her new phase of life

ketiga adakah dia berkahwin semata-mata kerana hambatan umur atau dia benar-benar ikhlas untuk berkahwin sebagai sebahagian tuntutan agama.

Kata dia, Kalau mengikut tuntutan syahwat, keperluan fisiologi, kemampuan kewangan, mungkin kriteria itu boleh dipenuhi kemudian. Tetapi bagi beliau, apakah perkahwinan itu kelak terlahir dari hati dia yang benar2 ikhlas dan bukan semata-mata kerana agenda dirinya sendiri. Dia sendiri belum pasti tahap keihlasan itu. Gementar dia untuk melalui semua itu.

Yang aku selalu lihat, ramai je terlompat-lompat seronok nak bernikah. Typically, depa mesti suka bercerita dulang hantaran, baju pengantin kaler apa, kad kawin dah tempah belum, photographer dan booking belum, cincin dah setel ke tak. Kalau ada blog, leh tempek cerita excited depa tu kat blog plak.

Tapi aku salute wanita ini. Dia tidak beria-ria langsung bercerita tentang semua ini. Malah semakin dekat tarikh keramat itu semakin rancak dia bermuhasabah diri . Dia tidak mengejar perkahwinan kerana faktor umur. Dia tidak mengejar perkahwinan kerana mahu memenuhi agenda peribadinya. Dia juga tidak menggunakan perkahwinan untuk membawa dia keluar dari bumi sintok.

Dia mahu sebuah perkahwinan yang wujud kelak benar-benar ilkhlas dari dalam hatinya. Sebuah perkahwinan tanpa syarat.
Dia yakin sebuah perkahwinan yang didasari atas kepentingan peribadi hanya akan menganiaya pihak yang satu lagi.

“Manakan tidak, pihak yang satu lagi benar-benar ikhlas, tapi aku, ada agenda tersembunyi”. Katanya.

Aku diam je. Tak tau nak komen apa. Aku takda pengalaman akan berkahwin atau sedang berkahwin. Nak komen banyak pun nanti cakap tak serupa bikin pulak. Namun, aku rasa… kalau tak kita tak lalui semua itu, sampai bila pun kita tidak akan pasti. Kerana bukan semua yang kita bayangkan itu akan tejadi seperti sepatutnya dan begitulah sebaliknya. Jadi kita redah aje….

Btw, aku ingat wanita seperti dia telah pupus. Rupanya masih ada. Sesunggunya tuhan mahu mengubah perspektif aku tentang wanita. Tidak semua wanita sama.

3 thoughts on “sticker kereta dan buka puasa

  1. sebab tu bila tertanya2 kenapa jodoh tak tiba2.. terus nasihatkan diri sendiri, yang menyedarkan diri bahawa kita ni, nak jaga diri sendiri pun tak berapa lepas, ini pulak nak jaga/ dan pegang tanggungjawab lain yang lebih berat.

    Tuhan tetapkan sesuatu tu kan ada hikmahnya.

    err… bos punya, bila?

  2. Wanita mcm ni mmg tak pernah pupus..sentiasa ada di mana-mana. Mereka nampak macam pupus sebab persepsi masyarakat da berubah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s