cinta???


Ada orang tanya aku apa makna cinta pada aku. Aku jawab aku bukan orang yang selayaknya untuk bermadah pujangga berbait puisi mengenai cinta. Aku tidak pandai menyusun ayat dan bermain dengan konotasi cinta syurgawi. Aku tidak pandai menjanjikan cinta sebagai sebuah kisah indah, dewa-dewi, syurga loka dimana semuanya indah dan penuh keindahan.

Aku hanya faham, cinta adalah sebuah realiti kehidupan. Aku juga faham cinta sebagai kekuatan untuk kita mengumpul nafas bagi menjalani hari ini dan melihat hari esok. Cinta sebagai sebuah keberanian yang perlu kepada sebuah pengorbanan. Cinta yang menjadikan hidup kita lebih hidup. Cinta seharusnya membawa kita lebih berpijak di alam nyata dan semakin pula kita menjauhi dunia pari-pari.

Aku mahu berpegang kepada sebuah percintaan dijaluran realiti. Walau ada yang percaya cinta si pari-pari dan alam realiti harus kukuh bersulam. Tetapi, aku mahu percaya cinta sedalam mana sekalipun tidak mampu untuk memenuhi troli di tesco atau carrefour malah tidak menjaminkan kepuk sentiasa dipenuhi beras. Malahan, cinta setinggi langit ketujuh sekalipun tidak boleh menutup mulut anak-anak kecil yang menangis kelaparan jika tiada apa yang mahu disuap kemulut mereka.

Tapi dengan kuasa cinta, aku masih percaya semua itu menjadi kekuatan untuk kita berusaha mencari sumber material bagi mengisi suratan realiti. Namun, kesempurnaan material semata-mata pula, tidak akan mampu menjamin datangnya cinta dan bertandangnya kebahgiaan.

Cinta adalah penawar, ubat, penyembuh segala petaka…. cinta itu pembunuh yang paling berbisa… Cinta bisa mengubah manusia menjadi apa saja yang mereka inginkan. Cinta itu gila, cinta itu buta. Cinta boleh dijual beli.. Katakanlah apa saja tentang cinta.

Di lembaran ini, aku paling percaya cinta itu sebuah anugerah daripada Allah kepada hambanya yang sentiasa mahu bersyukur.
~~~

“Cintailah orang yang engkau kasihi itu sekadarnya belaka, barangkali dia akan menjadi orang yang kau benci pada suatu hari kelak. Juga bencilah terhadap orang yang kau benci itu sekadarnya belaka barangkali dia akan menjadi orang yang engkau kasihi pada suatu hari nanti.”- Al hadith.

“Usah diratapi perpisahan dan kegagalan bercinta kerana hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia. Atas kasih sayang Tuhan kau dan dia bertemu dan atas limpahan kasihNya jua kau dan dia dipisahkan bersama hikmah yg tersembunyi. Pernahkah kau terfikir kebesaranNya itu?”

titik…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s