jangan..


Jangan…. sekali-kali kita memandang rendah pada orang lain, kalau kita telah diletakkan Allah pada suatu kedudukan yang tinggi.

Jangan…. juga kita memandang hina pada orang yang miskin atau rendah pendapatannya, sementelah pula Allah berikan rezeki melimpah-limpah kepada kita.

Jangan…. mentertawakan orang yang umur mereka dah lanjut tapi tak kawin-kawin lagi, sedangkan Allah telah memberi kita bertemu jodoh lebih awal dari orang lain.

Kerana kita tidak tahu, Allah boleh mampu tarik balik apa yang dia beri pada kita bila-bila masa yang Dia nak. Dia yang letakkan kita ditempat tinggi, pastinya dia berkuasa menurunkan kita kembali, Dia memberi kita rezeki, Dia juga Maha berkuasa menarik balik pemberiannya itu kepada kita. Dia menganugerahkan kita jodoh dia juga berkuasa mengakhirkan segalanya.

Kerana kita tidak tahu apa perancangan Allah untuk kita dan orang yang kita hina dan pandang rendah itu dimasa hadapan. Barangkali, di suatu masa, nasib mereka jauh lebih baik dari kita. Allah sahaja yang maha mengetahui.

Jangan terlalu yakin bahawa kita akan sentiasa beroleh kemenangan kerana dalam sebuah perperangan, keangkuhan boleh membawa kita kepada kekalahan yang lebih besar. Keangkuhan dan kesombongan tidak akan membawa kita kemana-mana. Malahan, lebih ramai pula yang mendoakan kita hancur binasa.

Dalam kehidupan yang serba singkat ini, ayuhlah kita mencipta seberapa banyak sahabat dari mengira berapa banyak musuh yang kita ada. Ayuh kita berbuat kebaikan walaupun kebaikan itu menimbulkan kebencian kepada manusia lain. Biarlah. Asalkan Allah tidak benci.

Takda niat nak bagi tazkirah, sekadar mengingatkan diri sendiri yang selalu terlupa. Kerana se’educated’ mana pun kita, ada orang lain yang lebih educated lagi daripada kita. Pembelajaran adalah untuk sepanjang hayat..

One thought on “jangan..

  1. Setiap yang berlaku adalah kehendakNya,tapi jangan jadikan anugerahNya satu senjata untuk mendabik dada. “Anda buat anda dapat” (kata2 ustazah bahiyah) hehehe…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s