Ahmad Albab modern..


Korang pernah mesti pernah tengok cerita Ahmad Albab kan. Aku suka cerita ni. Terutamanya part yang si Ahmad Albab smash pak mertua dia, bila dia kata, lebih kurang gini,,, ” kekayaan, kebahgiaan bukan terletak ditangan bapak, tapi terletak ditangan Allah”.

Tetiba aku terpikir menda ni. Ye la, sebab ada seseorang pernah berkata kat aku, kalau nak cari bini, cari la atleast officer, jangan la cari level-level bawah, k*rani ke, nanti hidup susah.

Terkesima aku.

Sedih pun ada, marah pun ada, kecewa pun ada. Memangla Islam menggalakkan kita mencari yang sekufu. Tapi jangan la sampai kita memandang rendah pada orang lain. Jangan ingat kalau kita laki bini educated sangat, pangkat tinggi dan gaji berkoyan saja boleh hidup senang, berhak hidup bahagia. Ada ja yang staff-staff bawah yang hidup mereka jauh lebih berkat dari kita yang gaji riban-riban ni.

Kedudukan, pangkat dan semua yang kita ada ni hanya pinjaman. Esok-esok bila dah takda semua tu, sapa pun dah tak berapa dekat. Aku yang belum pencen ni pun, dah boleh rasa macamana sesetengah orang treat aku bila dah tak ada kepentingan dan kedudukan.

Aku punya pendapatla kan, kedudukan, pangkat dan wang ringgit tak menjamin 100% kita akan bahagia, ia cuma elemen/ prerequisite dalam mencari sebuah kebahgiaan. Tapi takda wang ringgit langsung pun tak berapa kena jugak.

Arwah Mak abah aku pun bukan pegawai besar. Takda harta berkoyan pun, apatah lagi duit ringgit berkepuk-kepuk. Rumah sebijik ni je, tu pun rumah kampung. Betul, kami orang susah. Tapi Alhamdulillah, kami bahagia dalam kesederhanaan rezeki yang Allah bagi pada kami. Aku bahagia menjadi anak mereka. Merendah-rendahkan orang berjawatan rendah seolah-olah macam menghina kedua orang tua aku ja rasanya.

Ni la akibat bila kita terlalu memandang tinggi-rendah darjat manusia berdasarkan nilaian pangkat dan wang ringgit semata-mata. Nilaian dunia kapitalist-materialist. Dunia yang di dalamnya tidak ramai manusia yang benar-benar manusia. Selalunya, nilaian ini membelakangi nilaian ukhrawi yakni alam yang kita akan kekal di dalamnya selama-lama.

Kemampuan menjana kebahgiaan, pada zaman ini sebulat suara diukur dari banyak sikit harta dan duit ringgit. Boleh pula tentukan siapa senang siapa susah, siapa bahagia siapa tidak.

Harta benda ni Dia kurniakan. Kalau Dia nak tarik kebahgiaan dan ketenangan jiwa, harta berkoyan pun dah takda maknanya lagi.

Yang penting, apa yang paling terkesan dalam hati aku,, dalam kita mengejar kekayaan dan kebahagiaan di dunia ini, seperti kata arwah mama, jangan sekali-kali kita menganiaya orang lain….

Entahlah.. setiap orang punya pendapat masing-masing. Terserah kamu..

titik!

4 thoughts on “Ahmad Albab modern..

  1. Kembaq..Itu semua DONIA….Kita hidup bersederhana udah la….
    Kita pon tau kan..Bersederhana tuh lg baik..Kecik2 dulu kita hidup susah.. Tp cukup bahagia kn??? Tgk org kaya2 tu… Ingt depa cukup bahagia k?????

  2. Bila kita susah, sedara-mara seme pandang sebelah mata…kekadang tak pandang langsung. Tapi bila kita senang, sedara-mara seme nak menumpang senang dan tak malu mengaku kita sedara dorang. It’s my family experience…and our survival do makes us stronger than before…

  3. in my kes,
    gred tu penting lg….
    utk myakinkan family psgan.
    xblh nak salah kan depa, depa mungkin juz nak terbaik utk family(adik) depa.
    cuma kita ja, sama ada cukup kex kain nak diukur utk baju sendiri.
    hhmmmm..

    1. … : setuju.. kena ukur baju di badan sendiri.. Cuma ada juga yang kes2 tertentu, mereka ukur baju di badan sendiri tapi kondem baju di badan orang lain.. Wallahu a’lam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s